Saturday, January 31, 2009

HMY FC Vs KRONIZ FC

Perlawanan pada 18 Januari 2009 antara dua tim ini adalah yang kedua diadakan. Sebelum ini KRONIZ FC kecundang di tangan HMY FC di padang belapan dengan jaringan memihak kepada HMY FC dengan jaringan 6-2. Tidak dapat disangkalkan tim lawan kali ini menurunkan beberapa pemain yang baik tetapi tidaklah sebaik pemain-pemain yang menyarungi jersi HMY FC. Jika dulu Mengz dan Arip bermain di sayap bek kini kedudukan tersebut diambil alih oleh Bulu dan Ayuz. Perlawanan dimulakan dengan jaringan yang tidak disangka daripada KRONIZ hasil daripada tendangan sudut yang disudahkan dengan baik oleh salah seorang pemainnya. Walau bagaimanapun, jaringan tersebut sama sekali tidak menjadikan pemain-pemain HMY FC gementar tetapi sebaliknya lebih yakin untuk mengawal permainan dan mencapai objektif utamanya iaitu pertama untuk menyamakan kedudukan dan selebihnya adalah untuk mendapatkan gol penyuntik semangat. Tidak lama selepas itu, Zaim menggegarkan gawang lawan dengan gol penyamaan dan selepas itu jaringan hasil daripada tandukan silang yang disempurnakan oleh Boi Panjang. Separuh masa pertama di perlawanan kali ini adalah milik HMY FC yang mana jika diamati, mungkin adalah yang terbaik pernah dipersembahkan oleh pemain-pemain HMY FC. Kawalan tempo yang bijak oleh Laboi, dorongan jitu ke pintu gol oleh Gugu, pergerakan yang hebat dan ‘mengilarkan’ daripada Zaim dan Boi Panjang, kawalan bola dan midfield yang sempurna daripada Prap dan Cjan, larian overlap yang penetratif daripada Bulu dan Ayuz dan kawalan pertahanan yang yakin daripada Azri dan AW, dan tidak dilupakan sepasang tangan yang magik daripada Aming.


Separuh masa kedua memberi laluan kepada Yamin, Haziq, Master G, Arip, Fadil dan lain-lain. Jaringan rapat sebanyak dua gol, yang ketiga oleh Haziq dan keempat oleh Laboi menjadikan kedudukan HMY FC lebih selesa. Dengan kusyen sebanyak 3 gol, Abang memberi laluan kepada pemain-pemain lain untuk membuktikan kehebatan mereka. Walaupun sedikit goyah dan hilang kawalan, namun semua pemain-pemain HMY FC layak diberi kredit kerana bermain dengan baik. Namun, KRONIZ sempat mengurangkan jurang kedudukan dengan gol kedua mereka. Mungkin bernasib baik kerana tangan Aming yang sudah kebas kerana lama tidak memegang bola, tetapi syabas semua. Kedudukan terakhir 4-2. Di perlawanan kali ini tidak ada pemilihan MOM tetapi hanya tribute kepada dua sayap bek HMY FC yang bermain dengan cemerlang iaitu Bulu dan Ayuz. Syabas keduanya.

No comments: