Friday, February 29, 2008

Monday, February 18, 2008

PERLAWANAN 2008

1. RBA, kalah 0-1

2. HSBC, menang, 5-0

3. B-Mobile, menang, 3-1

4. Berakas Wanderers, memang 3-2

5. RTB, menang, 2-0

HMY FC Vs RTB

Malam yang suram dan basah di Padang Kebajikan tidak banyak menjatuhkan semangat HMY FC untuk turun dengan beberapa orang pemain utama cedera dan demam. Antara yang cedera selepas permainan sebelumnya seperti Zaim, Tomo, Abang, Arip, Gugu digantikan oleh pemain-pemain yang sama baik tetapi kurang dari segi pengalaman. Kemasukan Mubin, Bulu, Master G mampu mengimbangi kelibat RTB dan hasilnya memperoleh gol pertama yang dijaringkan oleh Boi.

Kekentalan pertahanan HMY FC mampu mengekang percubaan-percubaan RTB walaupun Moksid yang menggantikan Pjan sering dibelenggu keputusan-keputusan yang tidak meyakinkan. Namun, Moksid mampu diselamatkan beberapa kali oleh Bulu dan Azri. Kredit juga harus diberikan kepada dua pemain tengah HMY FC yang cute tapi fit yang tidak kendur-kendur membuat pintasan dan hantaran efektif daripada tengah iaitu Yamin dan CJAN, BRAVO! Boi juga harus diberi pujian kerana dapat bermain secara solo di barisan hadapan dan mampu menjaringkan gol kedua beliau pada malam tersebut walaupun cuba ditepis oleh 3 orang pemain. HMY FC menang lagi, 2-0. HMYFC setakat ini sudah bermain 5 kali, 4 menang dan satu kalah.


MOM: Boi.

HMY FC Vs BERAKAS WANDERERS

Perlawanan pada 08 Februari 2008 yang diadakan di Padang Belapan berlangsung seperti dijadualkan. HMY FC yang dibarisi kesebelasan terkuat berhadapan dengan Berakas Wanderers yang bermain kali pertama pada tahun 2008. Separuh masa pertama di kuasai oleh HMY FC secara total walaupun dibolosi 1 gol. Keadaan abang yang tidak sihat dan terbatuk-batuk mengurangkan sedikit kekentalan pertahanan HMY FC dan telah memaksa pada awalnya HMY FC bermain 1-4-3-2. Formasi ternyata tidak dapat diimbangi oleh semua pemain dan diubah dengan abang masuk ke bahagian midfield. Gol pertama dijaringkan oleh Boi dan seterusnya Mengz yang membuat rembatan cantik daripada sebelah kiri. Prap melengkapkan gol ketiga HMY FC dengan HMY FC memperoleh gol daripada Ak Joffrin yang membuat rembatan kencang daripada luar petak D.

Separuh masa kedua membariskan Berakas Wanderers dengan pemain-pemain baru dan cukup baik. Sekurang-kurangnya dapat mengimbangi HMY FC yang dominan di separuh masa pertama. HMY FC juga secara perlahan telah menurunkan hampir semua pemain-pemain mudanya bagi memberi pengalaman dan pengetahuan cara bermain bola sepak 11 orang sepasukan yang betul. Keserasian pemain-pemain Berakas telah menyebabkan HMY FC diserang bertalu-talu dan akibatnya dibolosi lagi 3-2. Namun, dengan disiplin dan pengalaman pemain-pemain muda HMY FC, HMY FC mampu mengekang kemaraan Berakas dan menang tipis 3-2.


MOM : Azri