Monday, December 24, 2007

'THE ADORABLES'



TV's My Life


Jan kacau wa, m watchin Mickey..sory, busy rit nw..

Friday, December 21, 2007

HMY FC Vs TIM ‘KAMPUNG’

Permainan kali ini diadakan di Padang Belapan. Abg turun di separuh masa pertama dengan dibantu oleh Tomo. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik, penuh skil daripada HMY FC dan disebabkan oleh ini sering dikasari oleh pasukan ‘Kampung’. Nama ‘kampung’ diberikan kepada pasukan ini disebabkan oleh beberapa oleh pemainnya yang tidak tahu peraturan dan bermain secara hentam keromo. HMY FC berjaya memperoleh gol pertama di babak pertama oleh Zaim. Usul-usulnya Zaim sejak akhir-akhir ini ‘hang’ dan perlu mengekalkan jaringan secara konsisten untuk memastikan sentiasa bermain kesebelasan utama HMY FC. Separuh masa kedua dimasuki oleh pemain-pemain senior. Ternyata pasukan ‘kampung’ masih mengekalkan permainan kotor dengan mengasari pemain-pemain HMY FC terutama Prap. Abg pun mendapat habuan dan sehingga ke hari ini masih mengalami bengkak di bahagian buku lali di kedua-dua belah kaki. Pasukan ‘kampung’ akhirnya memperoleh gol penyamaan mereka selepas serangan di bahagian kanan. Game berakhir dengan 1-1.

HMY FC Vs KG RIMBA




Perlawanan ini diadakan di Padang Kebajikan Belia dan Sukan pada waktu bekerja. Disebabkan oleh kebanyakan pemain senior yang bekerja, kesebelasan utama HMY FC turun dengan pemain-pemain muda yang diketuai oleh YAMIN. Separuh masa pertama bermula dengan rentak yang seimbang daripada kedua-dua belah pasukan. HMY FC ‘first blood’ dengan gol dan seterusnya gol kedua. Pujian harus diberikan kepada semua pemain-pemain muda HMY FC. Separuh masa kedua dibarisi oleh pemain-pemian senior. Rentak permainan dikuasai sepenuhnya oleh HMY FC walaupun berlaku ‘lapses’ oleh Abg dan Abg Azri. Satu rembatan deras dan padu daripada Zaim memberi gol kemenangan HMY FC dan telah mengekalkan rekod tanpa kalah HMY FC selepas bermain balik darpada Hari Raya. HMY FC seperti biasa, menang 5-4. BTW, abg scored his first ever gol for HMY FC melalui sepakan penalti.

Thursday, December 20, 2007

Tuesday, December 11, 2007

Pemilihan Untuk Nombor Jersi Baru

Kepada semua pemain-pemain HMY FC bahawa tim keluarga kitani akan membeli jersi bola baru untuk season 2008. So, dengan ini, semua pemain adalah dikehendaki untuk menghantar komen di blog ini untuk memberitahu pilihan nombor kamu. Akan tetapi, ada tetapinya tu boys, terdapat nombor-nombor yang tidak dibukakan untuk ditender. Nombor-nombor yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. 3, Left Back, Abg Tomo
2. 4, Midfield, Abg Yamin
3. 5, Defence, Abg
4. 7, Attacking Midfield, Uncle Kungu
5. 9, Striker/Defence, Abg Azri (bole ubah kalau mau)
6. 10, Striker, Abg Boi

Mana-mana nombor yang ganjil dan limpas daripada nombor skuad, i.e. 16 akan dikenakan membayar sendiri untuk membuat nombor. Tapi atu pun nda bole nombor limpas daripada 99. Sekian, Thank you.

Monday, December 03, 2007