Friday, December 21, 2007

HMY FC Vs TIM ‘KAMPUNG’

Permainan kali ini diadakan di Padang Belapan. Abg turun di separuh masa pertama dengan dibantu oleh Tomo. Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik, penuh skil daripada HMY FC dan disebabkan oleh ini sering dikasari oleh pasukan ‘Kampung’. Nama ‘kampung’ diberikan kepada pasukan ini disebabkan oleh beberapa oleh pemainnya yang tidak tahu peraturan dan bermain secara hentam keromo. HMY FC berjaya memperoleh gol pertama di babak pertama oleh Zaim. Usul-usulnya Zaim sejak akhir-akhir ini ‘hang’ dan perlu mengekalkan jaringan secara konsisten untuk memastikan sentiasa bermain kesebelasan utama HMY FC. Separuh masa kedua dimasuki oleh pemain-pemain senior. Ternyata pasukan ‘kampung’ masih mengekalkan permainan kotor dengan mengasari pemain-pemain HMY FC terutama Prap. Abg pun mendapat habuan dan sehingga ke hari ini masih mengalami bengkak di bahagian buku lali di kedua-dua belah kaki. Pasukan ‘kampung’ akhirnya memperoleh gol penyamaan mereka selepas serangan di bahagian kanan. Game berakhir dengan 1-1.

No comments: