Biasanya, padang belapan adalah venue keramat HMY FC yang mana jarang sekali mengalami kekalahan apabila turun bermain di padang tersebut. Namun, kali ini terdapat sedikit ‘vibe’ yang luar biasa dirasai, mungkin dapat dirasai oleh sebilangan pemain HMY FC apabila buat pertama kali turun di tahun 2009 di padang tersebut. Perasaan ini perlahan-lahan menjadi kenyataan apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh pemain HMY FC sehingga akhirnya berjaya memberi ruang kepada gol pertama tim lawan. Namun, semangat HMY FC tetap utuh, walaupun berdepan dengan tim yang dilihat lebih berwibawa tidak seperti tim-tim yang pernah dilawan HMY FC. Ternyata tim lawan kali ini nampak lebih berpengalaman, fit, deras dan bijak. Gol penyamaan disumbatkan oleh Laboi menjadikan kedudukan 1-1. Namun, kesilapan seterusnya daripada pemain pertahanan HMY menghadiahkan gol kedua untuk tim lawan. Kebijakan tim lawan kali ini dapat dilihat daripada kemampuan pemain mereka yang tidak termakan dengan helah HMY FC yang sengaja membenarkan hantaran ‘through ball’ ke bahagian penyerang tetapi sebaliknya menggunakan pemain-pemain midfiled untuk membuat larian dan dribble yang baik melalui pertahanan tengah yang dikawal oleh Azri dan AW. Disebabkan oleh taktik ini, AW terpaksa membuat beberapa taktikal foul ke atas beberapa orang pemain lawan sehingga salah seorang daripada mereka ‘snapped’ dan cuba hendak membuat pukulan fizikal ke atas AW.
Separuh masa kedua adalah permainan yang paling hebat pernah dialami oleh HMY FC. Sama kuat, sama komited, sama fit, kedua-dua tim saling berbalas-balas serangan. Kedudukan menjadi 2-2 hasil daripada Laboi yang kedua kemudian disamakan kedudukan oleh pihak lawan. Kemudian, Zaim melewati jerat offside dan menjaringkan gol ketiga selepas itu dibalas balik oleh pihak lawan menjadi 3-3. Serangan ‘counter attack’ sepantas kilat memberi peluang kepada Haziq untuk membuat tendangan yang deras dan memberikan HMY FC peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan menjadikan 4-3. Namun, apa yang dilihat selepas itu adalah komitmen yang sungguh menakjubkan yang perlu dicontohi oleh HMY FC, daripada pihak lawan. Mereka membuat tackle yang ‘uncompromising’, menutup dengan cepat ruang hantaran HMY FC, membantu bahagian serangan sehingga menjadikan HMY FC sedikit gementar yang mana akibatnya terpaksa membuat banyak taktikal foul dan akhirnya menggegarkan gawang HMY FC menjadikan 4-4, hasil daripada tendangan percuma. Selain daripada permainan yang hebat, pemain yang jelas paling sibuk pada malam tersebut adalah Aming yang membuat tepisan demi tepisan, malah ada beberapa cubaan lawan yang jika dilihat mata kasar mustahil untuk diselamatkan tetapi dapat ditepis oleh Aming dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, Laboi dan Bulu terpaksa keluar kerana sudah ‘CRAMP’!!!!!menjadikan pertahanan HMY FC dan midfield menjadi rapuh. Akhirnya, serangan terakhir pada malam tersebut oleh pihak lawan berjaya membolosi gawang HMY FC menjadikan kedudukan 5-4. Tiupan wisel yang berkumandang selepas itu tidak memberi kelegaan kepada HMY FC yang merasakan kemenangan sudah dapat diraih apabila mendahului 4-3. Tetapi, nasib tidak menyebelahi HMY FC dan terpaksa akur dengan kehebatan tim lawan yang telah memberi sedikit pengajaran kepada semua pemain HMY FC untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di perlawanan akan datang.
Entertainment rating: ***** lima bintang, an epic encounter!
MOM: AMING! Countless saves, kept HMY FC in the game, was actually pulled down by an opponent resulting him conceding the fourth goal.
Next Game: 17 February 2009, time evening, venue Padang Kebajikan, opponent Brunei Tankers.

No comments:
Post a Comment