Saturday, January 31, 2009
HMY FC Vs DGS FC
Separuh masa kedua adalah permainan yang paling hebat pernah dialami oleh HMY FC. Sama kuat, sama komited, sama fit, kedua-dua tim saling berbalas-balas serangan. Kedudukan menjadi 2-2 hasil daripada Laboi yang kedua kemudian disamakan kedudukan oleh pihak lawan. Kemudian, Zaim melewati jerat offside dan menjaringkan gol ketiga selepas itu dibalas balik oleh pihak lawan menjadi 3-3. Serangan ‘counter attack’ sepantas kilat memberi peluang kepada Haziq untuk membuat tendangan yang deras dan memberikan HMY FC peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan menjadikan 4-3. Namun, apa yang dilihat selepas itu adalah komitmen yang sungguh menakjubkan yang perlu dicontohi oleh HMY FC, daripada pihak lawan. Mereka membuat tackle yang ‘uncompromising’, menutup dengan cepat ruang hantaran HMY FC, membantu bahagian serangan sehingga menjadikan HMY FC sedikit gementar yang mana akibatnya terpaksa membuat banyak taktikal foul dan akhirnya menggegarkan gawang HMY FC menjadikan 4-4, hasil daripada tendangan percuma. Selain daripada permainan yang hebat, pemain yang jelas paling sibuk pada malam tersebut adalah Aming yang membuat tepisan demi tepisan, malah ada beberapa cubaan lawan yang jika dilihat mata kasar mustahil untuk diselamatkan tetapi dapat ditepis oleh Aming dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, Laboi dan Bulu terpaksa keluar kerana sudah ‘CRAMP’!!!!!menjadikan pertahanan HMY FC dan midfield menjadi rapuh. Akhirnya, serangan terakhir pada malam tersebut oleh pihak lawan berjaya membolosi gawang HMY FC menjadikan kedudukan 5-4. Tiupan wisel yang berkumandang selepas itu tidak memberi kelegaan kepada HMY FC yang merasakan kemenangan sudah dapat diraih apabila mendahului 4-3. Tetapi, nasib tidak menyebelahi HMY FC dan terpaksa akur dengan kehebatan tim lawan yang telah memberi sedikit pengajaran kepada semua pemain HMY FC untuk berusaha dengan lebih gigih lagi di perlawanan akan datang.
Entertainment rating: ***** lima bintang, an epic encounter!
MOM: AMING! Countless saves, kept HMY FC in the game, was actually pulled down by an opponent resulting him conceding the fourth goal.
Next Game: 17 February 2009, time evening, venue Padang Kebajikan, opponent Brunei Tankers.
HMY FC Vs KRONIZ FC
Perlawanan pada 18 Januari 2009 antara dua tim ini adalah yang kedua diadakan. Sebelum ini KRONIZ FC kecundang di tangan HMY FC di
Separuh masa kedua memberi laluan kepada Yamin, Haziq, Master G, Arip, Fadil dan lain-lain. Jaringan rapat sebanyak dua gol, yang ketiga oleh Haziq dan keempat oleh Laboi menjadikan kedudukan HMY FC lebih selesa. Dengan kusyen sebanyak 3 gol, Abang memberi laluan kepada pemain-pemain lain untuk membuktikan kehebatan mereka. Walaupun sedikit goyah dan hilang kawalan, namun semua pemain-pemain HMY FC layak diberi kredit kerana bermain dengan baik. Namun, KRONIZ sempat mengurangkan jurang kedudukan dengan gol kedua mereka. Mungkin bernasib baik kerana tangan Aming yang sudah kebas kerana lama tidak memegang bola, tetapi syabas semua. Kedudukan terakhir 4-2. Di perlawanan kali ini tidak ada pemilihan MOM tetapi hanya tribute kepada dua sayap bek HMY FC yang bermain dengan cemerlang iaitu Bulu dan Ayuz. Syabas keduanya.
Wednesday, January 28, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Saturday, January 10, 2009
Friday, January 09, 2009
Thursday, January 08, 2009
SINGAPORE HOLIDAYS
Selalunya orang Brunei ke Singapura untuk shopping, sightseeing, well, for the kids and wifey its true but for me its more of seeking inspiration. Orang di negara atu very accomodating, friendly dan suka senyum, bukan macam tani di sini, kalau senyum kana ucap mengurat, kalau friendly kana ucap mengampu, kalau accomodating kana ucap mencari nama. Orang di sana very efficient, tahu product durang, inda macam urang tani, kan minta explain product, dipanggil ta si palui lain, sama jua paluinya. Pokoknya, semuanya smooth sailing la, very efficient.