Game pada 20 Disember 2008 antara HMY FC dan JPD dicantikkan oleh kedatangan paling awal Azri. Semangat yang berkobar-kobar jelas terpancar di wajah beliau dan rakan wanitanya, mungkin berhasrat hendak melihat dan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada malam tersebut. Separuh masa pertama memasukkan Abang dan Azri di benteng tengah manakala Master G dan Bulu di bek kanan. Prap diletakkan tanggungjawab sebagai sayap kekal sebelah kanan manakala Haziq di kanan. Seperti biasa Laboi, Gugu dan Yamin bermain di midfield tengah sementara Zaim di bahagian serangan. Apa yang ketara di perlawanan kali ini adalah persembahan Zaim yang semakin ‘influential’, mungkin dalam masa 1-2 tahun lagi akan menjadikan beliau seorang pemain lengkap. Laboi, Gugu dan Yamin juga menampakkan keserasian yang baik dengan pembahagian hantaran yang pendek, panjang dan sederahana. JPD dalam masa yang sama mempamerkan permainan yang baik terutama daripada salah seorang pemainnya yang lincah jersi 19. Walaupun dengan gandingan 3 pemain tengah ternyata HMY FC masih belum berupaya mengawal bahagian tengah
Separuh masa kedua memberi nafas yang jitu daripada pemain-pemain HMY FC dengan hasrat untuk mengekalkan kedominasian HMY FC. Mungkin oleh kerana terlalu bergantung kepada beliau (19), JPD mula nampak letih dan repuh. Ketahanan fizikal yang lebih supreme daripada HMY FC menjadi faktor kebangkitan HMY FC. Dengan menaikkan tempo ke tahap yang lebih sesuai, HMY FC berjaya membolosi gawang JPD dengan dua gol menjadikan 4-2. Melihat keadaan ini, Azri dilihat semakin lapar dan dahaga untuk mengaibkan morale pemain-pemain JPD dengan larian deras daripada pertahanan. Hasilnya, beliau berjaya menjaringkan gol untuk menambah kedudukan HMY FC kepada 5-2. Melihat keadaan menjadi semakin terkawal, Abang memberi laluan kepada Fadil, menempatkan beliau di bek kanan dengan Bulu di pertahanan tengah. HMY FC semakin bersemangat dengan larian-larian bersemangat daripada Zaim dan Boi Panjang. Selain itu, Prap juga wajar diberi pujian dengan kebolehannya bermain di bek kiri, sekaligus menjadikan beliau mungkin antara salah satu pemain yang indispensible kepada HMY FC. Apa yang juga menjadi ingatan adalah permainan Laboi dan Yamin yang semakin berpengaruh dan decisive kepada jentera midfield HMY FC. Laboi mengawal midfield sementara Gugu dan Yamin diberi kebenaran untuk membuat larian penetratif ke gawang, wow, super performance from the trio midfielders. Dengan kawalan tempo, hantaran kemas dan arahan yang jitu kepada pemain-pemain midfield, sumbangan beliau pasti akan mendapat peringatan pada buletin kali ini. Kemasukan Nasjan dan Jul Sotong tidak dilupakan. Nasjan perlu lebih banyak latihan manakala Jul perlu bijak mengawal perebutan bola, sayangkan kaki awda Jul.
Baiklah…. MOM kali ini adalah…..AZRI. Reasons: Paling awal datang, bersemangat, suara dan arahan yang baik kepada Abang, Master G dan Bulu di bahagian depan pertahanan, key player to HMY FC strength in defence dan bantuan serangan yang decisive dan scored!
No comments:
Post a Comment