Saturday, December 27, 2008

HMY FC Vs HJ RAMLAN FAMILY

Perlawanan pada 26 Disember 2008 antara HMY FC dan Tim Keluarga Hj Ramlan merupakan penutup tirai aktiviti tahunan bolasepak HMY FC. Game ini juga kali pertama merekodkan tiga insiden yang luarbiasa, apa nah? Setelah HMY FC bermain hampir 5 tahun, Zaim buat kali pertama datang paling awal. Dan kedua? Azri memakai full kit, lengkap dengan shin guard, hensem juga dih di padang ah, baru ia macam pemain bola banar, wow, amazing kamu bedua. Ketiga? For the first time Abang really berbangga dengan semua adalah keseragaman semua pemain dengan mengenakan semua stukin putih, baru ia namanya disiplin, sesuai dengan reputasi HMY FC sebagai sebuah tim yang disiplin dan kuat.

Walaupun pada awalnya tim yang sepatutnya turun menentang HMY FC adalah TEMD, sebuah tim yang dianggotai oleh pemain-pemain yang berpengalaman seperti Osman Apong, tim keluarga HR tidak menghampakan HMY FC dengan pameran permainan yang baik. Namun, pendekatan HMY FC kepada perlawanan pada malam tersebut masih sama, profesional, disiplin, teratur, relak dan ‘ruthlessly efficient’. Tim Hj Ramlan memulakan perlawanan dengan kawalan bola dan drible yang baik tetapi ternyata ketahanan fizikal atau fitness pemain-pemain HMY FC jelas membezakan jurang antara dua tim ini. Setelah letih dalam usaha untuk mengawal larian-larian deras dan ‘incisive’ daripada Zaim, Boi Panjang (BJ) dan Haziq, akhirnya, pertahanan tim lawan bolos hasil daripada jaringan BJ, Fadil, Zaim, Haziq, Azri dan Boi. Gol tercantik pada malam tersebut jatuh kepada jaringan daripada tendangan percuma yang dibuat oleh Boi. Perlawanan separuh masa pertama 6-0.

Separuh masa kedua menurunkan Kiman dan Acoi. Kemudian setelah cukup dalam sesi memanaskan badan, Cjan turun menggantikan Zaim, Bulu menggantikan Abang, Nasjan mengganti Master G, Muksid mengganti Yamin. Pada awal 5-10 minit, HMY FC masih dapat bermain dengan baik. Ternyata prestasi Bulu dan Cjan tidak menghampakan terutama Bulu yang baru turun daripada kapal terbang. Apa yang mungkin menjadi teguran adalah tahap fitness beberapa orang pemain HMY FC yang muda terutama Achoi, mungkin disebabkan oleh letih, kurang menjalani sesi memanaskan badan dan gementar. Namun teguran ini diharap akan dijadikan sandaran kepada Achoi untuk berusaha dengan lebih gigih untuk naik ke tahap yang lebih tinggi setanding dengan preatasi membanggakan yang ditunjukkan oleh Master G. Setelah bermain 3 perlawanan sebagai RB first teamer HMY FC, Master G jelas nampak lebih yakin, fit, bermotivasi dan faham tatacara asas bermain sebagai full back, syabas.

Buletin terakhir ini juga akan menilai prestasi beberapa orang pemain muda HMY FC. Ini adalah titik pertama penyerapan pemain-pemain muda HMY FC seperti Master G, Achoi, Nasjan dan Muksid. Jika diberi markah, pertama adalah Master G, kedua, Nasjan, sama markah adalah Muksid dan Achoi. Kenapa Nasjan second? Hunger for more action, good attitude, willing to learn dan fitness not so bad. Ganya, Nasjan perlu membesarkan tubuh badan, bermain dengan lebih terkawal, jangan gelojoh dan perlu berlatih menendang dengan betul, tetapi actually quite ok pada malam atu, syabas Nasjan. Achoi, fitness perlu ditingkatkan, tugas bertahan sangat baik, ‘heads up’ selalu dan jangan kurang bersuara, kamu sebenarnya pandai main, good ball control, good defensif attibutes tetapi your fitness is letting you down. Next time, before any game, cuba jogging 3 hari berturut-turut dulu, Insya Allah ok tu. And please Achoi, jangan macam angin, kalau rasa kan main baru tah turun ke padang, football dalam seminggu dua kali sahaja, its untuk kesihatan, give more reasonable time for it, Abang not asking much, only maybe 2 hours dalam 2 kali tani main every week, sikit saja. Muksid terlalu banyak komplain kepada pengadil, so, ‘shut up’ sekali sekala, belajar daripada kesilapan, tetapi sebenarnya baik dan sesuai bermain di bahagian tengah. Saranan Abang adalah KURANGKAN BERAT BADAN!!! Jangan disamakan dengan Bang Boi, Yamin, Cjan, durang walaupun heavy duty tapi fit, quick, ada technical ability dan bermain berpandukan kepada pengalaman dan intelligence. Sebenarnya, aset utama Muksid adalah penggunaan kaki kiri yang dominan, jika tahun depan kamu mampu mengurangkan berat badan, fitter dan mempercepatkan pergerakan badan, Abang pasti akan memberi lebih banyak peluang bermain untuk kamu. Scoreline 6-0, Hip Hip Hooray!

OK, masa yang ditunggu-tunggu, pemilihan MOM adalah… BOI PANJANG. Reason: Made incisive runs, rajin, penggunaan larian deras dengan betul, direct, bermain untuk tim dan bukan siuk sendiri dan mengambil balik bola jika terlepas, then scored walaupun banyak inda mengambil peluang dengan baik. Satu saja, kurangkan stepover, ia ta membuat kamu letih, play direct, one two dan masuk into space. SYABAS.

HMY FC vs JPD

Game pada 20 Disember 2008 antara HMY FC dan JPD dicantikkan oleh kedatangan paling awal Azri. Semangat yang berkobar-kobar jelas terpancar di wajah beliau dan rakan wanitanya, mungkin berhasrat hendak melihat dan menunjukkan prestasi yang cemerlang pada malam tersebut. Separuh masa pertama memasukkan Abang dan Azri di benteng tengah manakala Master G dan Bulu di bek kanan. Prap diletakkan tanggungjawab sebagai sayap kekal sebelah kanan manakala Haziq di kanan. Seperti biasa Laboi, Gugu dan Yamin bermain di midfield tengah sementara Zaim di bahagian serangan. Apa yang ketara di perlawanan kali ini adalah persembahan Zaim yang semakin ‘influential’, mungkin dalam masa 1-2 tahun lagi akan menjadikan beliau seorang pemain lengkap. Laboi, Gugu dan Yamin juga menampakkan keserasian yang baik dengan pembahagian hantaran yang pendek, panjang dan sederahana. JPD dalam masa yang sama mempamerkan permainan yang baik terutama daripada salah seorang pemainnya yang lincah jersi 19. Walaupun dengan gandingan 3 pemain tengah ternyata HMY FC masih belum berupaya mengawal bahagian tengah padang dengan baik. Gol pertama dijaringkan oleh Zaim dan kemudian disebabkan oleh beberapa kesilapan permain daripada tengah dan pertahanan berjaya menyuntik JPD dengan pendahuluan jaringan 2-1, gol kedua yang cantik oleh pemain jersi 19. Pujian juga harus diberikan kepada Haziq yang ternyata telah membuktikan mempunyai ‘upper body strength’ yang sangat baik untuk menyamakan kedudukan 2-2.


Separuh masa kedua memberi nafas yang jitu daripada pemain-pemain HMY FC dengan hasrat untuk mengekalkan kedominasian HMY FC. Mungkin oleh kerana terlalu bergantung kepada beliau (19), JPD mula nampak letih dan repuh. Ketahanan fizikal yang lebih supreme daripada HMY FC menjadi faktor kebangkitan HMY FC. Dengan menaikkan tempo ke tahap yang lebih sesuai, HMY FC berjaya membolosi gawang JPD dengan dua gol menjadikan 4-2. Melihat keadaan ini, Azri dilihat semakin lapar dan dahaga untuk mengaibkan morale pemain-pemain JPD dengan larian deras daripada pertahanan. Hasilnya, beliau berjaya menjaringkan gol untuk menambah kedudukan HMY FC kepada 5-2. Melihat keadaan menjadi semakin terkawal, Abang memberi laluan kepada Fadil, menempatkan beliau di bek kanan dengan Bulu di pertahanan tengah. HMY FC semakin bersemangat dengan larian-larian bersemangat daripada Zaim dan Boi Panjang. Selain itu, Prap juga wajar diberi pujian dengan kebolehannya bermain di bek kiri, sekaligus menjadikan beliau mungkin antara salah satu pemain yang indispensible kepada HMY FC. Apa yang juga menjadi ingatan adalah permainan Laboi dan Yamin yang semakin berpengaruh dan decisive kepada jentera midfield HMY FC. Laboi mengawal midfield sementara Gugu dan Yamin diberi kebenaran untuk membuat larian penetratif ke gawang, wow, super performance from the trio midfielders. Dengan kawalan tempo, hantaran kemas dan arahan yang jitu kepada pemain-pemain midfield, sumbangan beliau pasti akan mendapat peringatan pada buletin kali ini. Kemasukan Nasjan dan Jul Sotong tidak dilupakan. Nasjan perlu lebih banyak latihan manakala Jul perlu bijak mengawal perebutan bola, sayangkan kaki awda Jul.


Baiklah…. MOM kali ini adalah…..AZRI. Reasons: Paling awal datang, bersemangat, suara dan arahan yang baik kepada Abang, Master G dan Bulu di bahagian depan pertahanan, key player to HMY FC strength in defence dan bantuan serangan yang decisive dan scored!

Monday, December 15, 2008

Saturday, December 06, 2008

HMY FC GAMES LEPAS RAYA

HMY FC Vs B MOBILE
Game yang sudah lama ditinggalkan tetapi yang pertama selepas Hari Raya. HMY FC bermain dengan baik. Seri 1-1.
MOM : Kiman, scored the winning goal.
Kali ani ada tambahan, Man of the Moment, i.e. pemain yang could have won us the game. LABOI, could have been easily man of the match tetapi Kiman overtook that title because he scored the decisive equalizer, missed penalty, lau scored, manang boi, boi.

HMY FC Vs TEAM FAMILY PG ALI
Sorry salah info, not HSBC, team family Pg Ali. Disebabkan oleh sudah lupa (sorry for that), buletin ini dipendekkan ke satu perenggan sahaja, tetapi MOM tetap akan dipilih. Menang 7-1, Haziq 5, Yamin 1, sori nda ku ingat sapa score satu lagi, ingati ku..
MOM : HAZIQ, scored 5, good composure, accurate finishing, superb technique.

HMY FC Vs SKUADRA
Mungkin disebabkan oleh ‘underestimating’ lawan, Abang mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada semua pemain ‘pure’ HMY FC. Separuh masa pertama ternyata milik lawan dengan serangan bertubi-tubi ke kubu HMY FC. Hasilnya 3 gol dalam masa 10 minit. Kemasukan Azri mengembalikan sedikit stabiliti kepada pertahanan HMY FC walaupun bolos tambahan sebiji gol di saat akhir separuh masa pertama. Separuh masa kedua menunjukkan semangat jitu HMY FC untuk memberi saingan kepada SKUADRA. Apa yang didapati, hampir separuh pemain HMY FC yang masih muda mengalami sindrom yang memalukan iaitu TIDAK FIT! Ada yang mengalami cramps, lelah dan dsb. Namun, di perlawanan ini HMY FC telah menemui satu pendapatan yang memberangsangkan (jangan saja cabul). Apa nah? Dengan fadil mengalami cramps (baik tah usahakan fitness!), Abang menempatkan Master G di bek kiri. Satu perkembangan yang sangat baik dan menyenangkan hati Abang adalah kebolehan Master G bermain di bek kiri, positioning yang tepat, mencuri bola dengan cepat, tidak gentar dengan pemain yang lebih matang dan besar, adhering to instructions, even good overlaping, Syabas G..HMY FC easily controlled the second half but good clinical finishing by SKUADRA, tidak dapat dibuat apa-apa dengan goal mereka, unstoppable. Tetapi what I like during second half, we matched them, pace by pace, tackle by tackle, body by body and we hustle. Syabas semua.
MOM : ZAIM, rajin membantu midfield, rajin membuat larian lintang, semua rajin lah.

HMY FC Vs BATRISYA FAMILY dan AH GEE
Perlawanan ini dinodai oleh sikap pengadil yang tidak bertanggungjawab dengan tidak menghadirkan diri di hari perlawanan. Menurut cerita orang, pengadil ani kalau kana minta mengadili perlawanan yang ‘lebih penting’, walaupun akhir kena beritahu, nada masalah, ditinggalkan game yang sudah dijanjikan untuk datang. Nasib jua ada yang mengganti. Perlawanan kali ani agak ganjil. Tomo insist kan main striker (though he matched it with $), actually leaving abang with this awkward decision to play several players out of position. But I like Pjan, actually he has this fantastic mentality to play anywhere, keeper, outfield, wherever and excelled too. Well, Tomo scored which was good for HMY FC, enough to settle HMY FC nerves leading to good exchanges of passes between centre midfield and the wide players. Zaim scored as usual and scoreline after first half 2-0. Second half, Abang tried to play Master G di right back lagi, kan meliat sama ada fluke ka inda masa game sebelumnya. Ternyata, bukan fluke, Master G had a fantastic game, intercepting, hustling and toying even against an array of good players down HMY right flank. Here is how I describe it: Quick feet, brave, pacy, listening to instructions, good interplay with his partner midfiled, sharp, no complacency and comfortable with the ball. Apa yang kurang saja which I saw clearly and you can actually improve on this: fitness, lucky tani inda main malam, kalau inda lelah tu, in addition, kalau fitter, you can overlap frequently. Badan masih terlalu kurus, makan lagi G at least tagap macam c Mengz, walaupun kecil tetapi keras and tagap DAN…kalau main right back kali ani, pakai guard..sayang kaki, banyak membuat cover and tackle tapi nada belindung kaki atu. If you can play like that in every match, you can be HMY FC first choice right back.
Ok, my assessment, a weird but exceptional game, Boi had a good game despite nursing an injured knee, Azri as usual increasingly reliable, Yamin pun actually had a good game especially exchanging passes with Prap. Haziq had a quiet game though, mungkin pasal ada Emah kali, Kiman pun making good hustles, Boi Panjang after a long spell not playing with HMY FC regulars pun showed encouraging attitude and desire. Well, MOM kali ani, (I change the format now in memilih MOM)…..MASTER G.. syabas.
MOM: MASTER G. Keep it up..
P/s, game kali ani boleh tani main rojak pasal team lawan inda berapa keras and good macam SKUADRA tetapi dalam game 26 DISEMBER nanti, if kitani berlawan team yang kuat, we play properly ikut position masing-masing, not macam tadi. Yang bagusnya tadi jua, our first clean sheet lepas Hari Raya. Actually ada padang 14 Dis, petang di padang belapan tetapi Uncle Ahmad sudah bagi ke Hj Jamil (maybe some HMY FC players will play kali) so our next and probably last full strength HMY FC game 2008 will only be at 26 DECEMBER 2008 held in Padang Kebajikan (or nama banarnya Kompleks Sukan Berakas), malam jam 745 malam.