Perlawanan pada 09 Ogos 08 selepas 080808 membawa tuah kepada HMY FC setelah berehat bermain selama kira-kira 2 minggu. Permainan yang diadakan di Padang Menglait pada awalnya tidak menyenangkan pemain-pemain HMY FC tetapi setelah bermain kira-kira 10 minit mula menyerapkan keserasian taktik permainan HMY FC yang banyak menggunakan teknik satu dua dan hantaran di bahagian lantai padang. Formasi HMY FC dimulakan dengan 4-4-2 dengan menempatkan Arip-Abang-Fuad-Ayuz di bahagian belakang empat, Bulu-Laboi-Yamin-Prap midfield dan Gee berganding bahu dengan Azri sementara Zaim terpaksa bermain sebagai penjaga gawang. Misi utama Abang kali ini adalah untuk memastikan tidak ada kebolosan. Prap dilihat menunjukkan semangat yang tinggi dengan permainan cantik bersama Ayuz, Yamin, Boi dan Azri yang mana akhirnya menghadiahkan HMY FC dengan gol tercantik daripada jarak kira-kira 10m. Larian Prap juga dapat diseimbangi dengan permainan sama cantik oleh Bulu yang nampak sangat efektif di bahagian kanan. Dengan semangat yang jitu, kelebihan fitness yang baik, kedua-dua sayap bek HMY FC tidak menghampakan dengan larian penetratif oleh Ayuz dan Arip. Gol kedua menyusul yang dijaringkan oleh Yamin yang nampak sangat gembira bermain offensif. Satu perkembangan terbaik HMY FC di separuh masa pertama adalah permainan yang sangat memberangsangkan yang ditunjukkan oleh Gee. Gee nampak positif dan berani melakukan dribbles dan larian meluru menewaskan beberapa orang pemain berpengalaman pertahanan HSBC. Walau bagaimanapun, Gee terpaksa dikeluarkan kerana mengalami pendarahan di bahagian hidung dan digantikan oleh pemain didikan Gugu. Dengan kemasukan pemain ini, Ayuz dinaikkan menjadi midfield kiri, Arip bek kiri, pemain baru bersama Abang, Fuad di sebelah kanan dan Prap sebagai striker.
Separuh masa kedua memasukkan Gugu menggantikan Yamin. Apa yang membimbangkan Abang si separuh masa pertama dan kedua adalah kemampuan penyudahan yang kurang terserlah yang diperlihatkan oleh pemain-pemain HMY FC. Jika peluang diambil, HMY FC pasti akan berpesta gol dan melemahkan semangat pasukan lawan. Ternyata lawan yang banyak bermain hantaran tinggi tidak mampu membolosi pertahanan HMY FC yang dikemudi oleh Abang dan pemain baru. Prap dan Bulu juga menjadi lebih menyerlah dengan larian dan percubaan yang merbahaya. Peluang demi peluang dipersia-siakan oleh pemain HMY FC termasuk tendangan penalti yang gagal disempurnakan oleh Azri. Setelah kira-kira 10 minit, Abang akhirnya memberi laluan kepada Arip dan Ayuz kepada Yamin. Gol ketiga menyusul dengan tendangan rendah yang kencang daripada Laboi menjadikan kedudukan 3-0. Di permainan kali ini, Abang mahu memberi tribute kepada HMY FC back four yang bermain dengan elegen, kekerasan, tenang dan pembacaan permainan yang top class. Sayap bek kanan dan kiri HMY FC juga dapat memberi sumbangan yang baik dengan larian overlap yang cantik dan berbahaya. Selain itu, pujian wajib diberikan kepada keberkesanan permainan Prap dan Bulu yang pada pendapat Abang jika diberi mata akan mengutip mata yang sama. Kedua-dua pemain ini saling membantu membuat lapisan pertahanan jika rakan bek membuat overlap dan ini adalah aset utama HMY FC yang sangat berharga. Laboi dan Yamin juga dapat memberikan ketenangan dan hantaran yang tepat kepada sayap-sayap HMY FC dan dapat mengawal tempo permainan dengan sangat baik. Azri juga memberi sumbangan permainan yang efektif dengan pintasan-pintasan hantaran lawan yang pantas dan keagresifan menyerang yang jitu. Separuh masa kedua tidak menampakkan serangan langsung kepada bahagian separuhpadang HMY FC dan secara lansung menunjukkan kedominansian HMY FC. Dengan kesudahan ini, HMY FC menang dengan mudah tetapi tetap memberi hormat kepada keberanian HSBC, keputusan perlawanan 3-0, BRAVO!
MOM: Sebenarnya, di perlawanan kali ini, ada seramai lima orang disenaraikan untuk merangkul gelaran MOM. Mereka adalah Azri, Laboi Prap, Bulu dan Ayuz. Namun, disebabkan Prap telah menyahut cabaran untuk bermain dengan lebih baik dan memberi HMY FC gol decisive pertama yang menjana kebangkitan dan keyakinan HMY FC, maka PRAP adalah Man of the Match, MOM kali ini! HipHip Hooray.
Separuh masa kedua memasukkan Gugu menggantikan Yamin. Apa yang membimbangkan Abang si separuh masa pertama dan kedua adalah kemampuan penyudahan yang kurang terserlah yang diperlihatkan oleh pemain-pemain HMY FC. Jika peluang diambil, HMY FC pasti akan berpesta gol dan melemahkan semangat pasukan lawan. Ternyata lawan yang banyak bermain hantaran tinggi tidak mampu membolosi pertahanan HMY FC yang dikemudi oleh Abang dan pemain baru. Prap dan Bulu juga menjadi lebih menyerlah dengan larian dan percubaan yang merbahaya. Peluang demi peluang dipersia-siakan oleh pemain HMY FC termasuk tendangan penalti yang gagal disempurnakan oleh Azri. Setelah kira-kira 10 minit, Abang akhirnya memberi laluan kepada Arip dan Ayuz kepada Yamin. Gol ketiga menyusul dengan tendangan rendah yang kencang daripada Laboi menjadikan kedudukan 3-0. Di permainan kali ini, Abang mahu memberi tribute kepada HMY FC back four yang bermain dengan elegen, kekerasan, tenang dan pembacaan permainan yang top class. Sayap bek kanan dan kiri HMY FC juga dapat memberi sumbangan yang baik dengan larian overlap yang cantik dan berbahaya. Selain itu, pujian wajib diberikan kepada keberkesanan permainan Prap dan Bulu yang pada pendapat Abang jika diberi mata akan mengutip mata yang sama. Kedua-dua pemain ini saling membantu membuat lapisan pertahanan jika rakan bek membuat overlap dan ini adalah aset utama HMY FC yang sangat berharga. Laboi dan Yamin juga dapat memberikan ketenangan dan hantaran yang tepat kepada sayap-sayap HMY FC dan dapat mengawal tempo permainan dengan sangat baik. Azri juga memberi sumbangan permainan yang efektif dengan pintasan-pintasan hantaran lawan yang pantas dan keagresifan menyerang yang jitu. Separuh masa kedua tidak menampakkan serangan langsung kepada bahagian separuh
No comments:
Post a Comment