Wednesday, August 06, 2008

HMY FC Vs FC WASABI

Satu-satunya berita yang ditunggu-tunggu oleh ahli HMY FC adalah buletin HMY FC post match. Ianya memberi gambaran dan analisa permainan yang komprehensif, cukup untuk menyedarkan pemain-pemain kelemahan dan kekuatan masing-masing. Apa yang jelas pada perlawanan kali ini, HMY FC turun dengan matlamat yang nyata, iaitu untuk memenangi perlawanan ini tanpa gagal. Game plan pada hari tersebut adalah untuk menyerang dan score! Formasi awal adalah 4-1-4-1 dengan menempatkan Yamin sebagai defensif midfielder, Boi dan Bulu central midfield, Zaim dan Prap di sayap kiri dan kanan serta Azri sebagai penyerang utama. Percubaan formasi ini pada awalnya tidak mendatangkan banyak masalah kepada pertahanan Wasabi, mungkin kerana ketiadaan pemain fokal yang dapat menyimpan bola di bahagian atas padang dan membawa fluidity kepada permainan HMY FC. Prap memberi sedikit nafas kepada HMY FC dengan gol opportunist selepas berlaku kekeliruan di pertahanan Wasabi. Selepas kira-kira 15 minit, formasi ditukar kepada yang lebih konventional dengan menempatkan Zaim sebagai striker berganding bahu dengan Azri. Ternyata impak yang jelas dengan kehadiran Zaim yang lebih bijak bermain sebagai fokal point serangan HMY FC dan Azri sebagai runner. Hantaran cantik daripada Fadil kepada Zaim berjaya membolosi gawang Wasabi dengan chip yang cantik. Apa yang pasti, keserasian gandingan pemain-pemain HMY FC semakin terserlah. Namun, kelalaian di bahagian pertahanan HMY FC telah menghadiahkan Wasabi dengan gol pertama mereka.

Separuh masa kedua memasukkan gadingan baru Abang dengan seorang pemain pertahanan tengah yang dibawa oleh Gugu daripada Sekolah Nahkoda Ragam. Berbadan rendah tetapi berkeupayaan tinggi, pantas, tenang, good distribution, teknikal, serius dan membaca game dengan fikiran yang sangat baik. Pada pendapat Abang, HMY FC dapat mengawal game daripada awal tiupan wisel sehingga akhir. Larian deras Azri, kebijakan Zaim, permainan inovasi Prap, kekentalan pertahanan back four, keserasian Gugu dan Boi dan larian bersemangat daripada Jul Sotong ternyata tidak dapat ditandingi oleh Wasabi. Gandingan Azri dan Zaim juga semakin baik dengan gol kedua volley Zaim yang cantik hasil daripada hantaran tepat Azri menjadikan kedudukan 3-1. Melihat Tomo dan Prap yang nampaknya masih belum puas bermain, Abang keluar memberi laluan kepada Tomo dan Gugu memberi laluan kepada Fadil. Gol kedua Wasabi hasil daripada tendangan sudut tidak melemahkan semangant HMY FC untuk menyerang. Namun, akhirnya berjaya mengakiri perlawanan dengan kemenangan berharga 3-2. Bravo!

Ratings:

1. Penjaga gol – 7

2. Fuad – 7

3. Tomo – 6, Pada pendapat Abang, Tomo mempunyai attributes fizikal yang cukup untuk bermain sebagai seorang pemain pertahanan tengah (Centre half) yang baik. Namun, kelemahan yang perlu diatasi dan utama adalah temperament, jaga kesabaran. Kedua, perlu membaca game dengan lebih baik, anticipate kedudukan bola, buat lapisan kepada partner centre half dan jangan sesekali mengangkat tangan mengharapkan referee memberi kelebihan offside. Dengan mengangkat tangan, ia akan mengganggu judgement semua pemain pertahanan untuk tidak mengejar bola, lebih-lebih lagi apabila referee tidak memberi kelebihan offside. Learn the position well so you can become a regular centre half.

4. Arip – 6, Arip perlu meningkatkan konsentrasi di game akan datang, atu saja.

5. Boi – 7, Banyak cuai di separuh masa pertama tetapi made it up di separuh masa kedua.

6. Bulu – 6.5, reliable, konsisten dan versatile as usual.

7. Yamin – 6.5, lose more weight so you can be more fitter and quicker. You can be a better defensif midfield specialist if you become more fitter. Main ok udah dan sudah faham role defensif midfield, just need to make more tackles and be a ball winner.

8. Zaim – 8, best player on the pitch.

9. Ayuz – 6, nampak cukup fit tapi perlu lebih banyak match, masih rusty, hantaran-hantaran yang tidak tepat dan perangai long ball perlu ditiadakan serta merta. Play simple, make easy passes and relax. Tapi excellent defensif play, reliable and good left foot.

10. Prap – 6.5, Prap belum menunjukkan potensi sebenar, perlu lebih berani menggunakan kederasan larian. Prap juga perlu belajar bila menggunakan asetnya yang utama iaitu dribbles, jangan overdo it, ada perlunya you just need to play direct, tapi has improved on defensif work. Show me your best during our next game so I have reason to pick you as MOM. SHOW ME PRAP!!

11. Azri – 7, terlalu banyak offside separuh masa pertama dan kadangkala eratik. Perlu lebih bijak menggunakan pemain-pemain di sekeliling. Penempatan baru sebagai striker adalah untuk memberi dimensi yang baru kepada HMY FC agar tidak terlalu predictable. Berjaya memberi kederasan dan keagresifan kepada bahagian serangan yang tidak dapat diberikan oleh Zaim atau Boi (jika striker), satu aset yang berharga khususnya pada keperluan taktik moden permainan bolasepak pada masa kini. Tujuan menempatkan sebagai striker juga adalah untuk mengelirukan tim-tim yang pernah bermain dengan HMY FC.

12. Fadil – 6, Good game, need to get fitter, good simple play and good vision.

13. Gugu – 6, Cedera, not as influential seperti selalunya tapi memberi calmness kepada tim HMY FC.

14. Centreback 2nd half – 7.

15. Jul – 5

MOM : Pemilihan MOM tidak semestinya berpandukan kepada prestasi pemain tetapi juga mengambil kira kesabaran dan passion yang ditunjukkan oleh pemain. Dengan ini, Abang memilih MOKSID sebagai MOM kerana beliau seorang saja yang berani memberitahu Abang kenapa tidak diturunkan. Disebabkan oleh keperluan yang tinggi untuk menang dan prestasi penjaga gol yang terlalu baik, Abang tidak menurunkan Moksid. Namun, beliau dengan sabar menunggu peluang beliau walaupun tidak tiba. Insya Allah, di perlawanan pada 9 Ogos ini di Padang Menglait, Abang pasti akan menurunkan Moksid. Pastikan saja fit dan cuba bermain dengan baik. Sekian.

No comments: