Wednesday, July 09, 2008

HMY FC VS FAMILY TEAM JERUDONG

Perlawanan pada 5 Julai 2008 diadakan di Padang Belapan. Bersama-sama ketika perlawanan HMY FC, terdapat perlawanan di Stadium antara Brunei Selection dan Labuan sementara di Padang Kebajikan perlawanan liga B-League. HMY FC turun dengan hampir kekuatan penuh kecuali Azri yang lewat kerana menghadiri jemputan di Miri. Susunan formasi 4-5-1 mempamerkan permainan berhati-hati HMY FC dengan tujuan melihat kebolehan pasukan lawan dan menilai taktik yang perlu dibuat di separuh masa kedua. Ternyata kelalaian di bahagian tengah HMY FC menghadiahkan pasukan lawan dengan jaringan pertama. HMY ketinggalan 0-1. Walaupun demikian, HMY FC tampak kebal di bahagian tengah dan pertahanan, sedikit tumpul di bahagian serangan kecuali Zaim yang membuat larian-larian signifikan dan akhirnya menghadiahkan HMYFC dengan gol penyamaan. Dengan menempatkan Zaim di bahagian midfield kanan, HMY FC nampak bahaya.

Separuh masa kedua mengundang perubahan kepada taktik dan formasi HMY FC. Dengan menempatkan Gugu dan Boi di bahagian tengah, Cjan di sebelah kanan dan Zaim di bahagian kiri sementara Kiman dan Prap di bahagian serangan dan menempatkan seorang bek kanan anak didik Gugu, HMYFC nampak gagah. Sekali lagi Zaim menunjukkan beliau mampu bermain di mana-mana bahagian midfield dengan sumbangan larian yang penetratif dan baik di sebelah kiri. Dalam keghairahan menyerang, HMY FC mampu menyumbat gol pendahuluan daripada Prap. Kemasukan Azri menggantikan Gugu di minit 15 juga telah mengubah rentak HMY FC menjadi lebih pantas. First touch Azri mendatangkan tuah kepada beliau apabila berjaya mengelecek 5 orang pemain dan menjaringkan gol ketiga HMY FC. Namun, HMY FC tersentak apabila kelalaian pengadil menghadiahkan pasukan lawan dengan gol kedua mereka. Permainan berakhir dengan kemenangan di tangan HMY FC 3-2.

MOM : ZAIM (exception walaupun inda abis full time kerana contributionnya yang sangat signifikan) , BRAVO!..

No comments: