Wednesday, July 09, 2008

DIREKTIF UNTUK HMY FC

Pada tahun 2008, genap HMY FC berusia 4 tahun. Banyak yang telah berlaku dalam jangka waktu 4 tahun, daripada sebuah pasukan yang kurang matang, kurang disiplin, rapuh kepada sebuah pasukan yang menjadi ristaan di kalangan komuniti bola sepak. Bermula dengan penggunaan baju berwarna biru yang dipinjamkan oleh salah seorang ahli keluarga, HMY FC kini mempunyai 3 baju jersi dan yang paling keramat adalah yang berwarna merah. Dalam tahun-tahun ini juga telah menampakkan kematangan di kalangan pemain-pemain muda yang dulunya bermain tanpa hala tuju, erratik dan tidak konsisten. Antara yang dapat dipuji kematangan mereka adalah seperti Mengz, Prap, Zaim, Fadil, Kiman dan Arip.

Namun, pujian juga harus diberikan kepada tunggak HMY FC yang ternyata telah menjadikan pasukan ini sebagai tempat pertaruhan maruah keluarga seolah-olah sebuah pasukan kebangsaan. Dengan didikan pemain senior seperti Gugu, HMY FC berkembang dan dihormati di kalangan pasukan bola sepak rekreasi yang lain. 4 tahun berlalu dan kini HMY FC perlu mengubah hala tujunya untuk terus bertahan. Apa yang didapati, pemain-pemain HMY FC semakin selesa dengan tag pasukan pilihan, khususnya jika mengetahui pasukan lawan akan mampu dikalahkan. Namun, masa sudah mengubah segala-galanya dan pasukan lain sudah mula mencari jalan untuk mengatasi HMY FC.

Pendapatan ini semakin jelas pada tahun 2008 apabila HMY FC banyak menerima kekalahan pada pasukan yang dulunya menjadi makanan HMY FC. Apa yang membimbangkan, HMY FC tidak pernah berhasrat hendak meningkatkan keupayaan dan bermain ‘seperti biasa’. Daripada pengamatan ini, Abang merasakan bahawa jika HMY FC tidak berubah mengikut arus masa, HMY FC akan pasti menerima kekalahan demi kekalahan. Selain itu, disebabkan oleh merasa selesa dengan keadaan semasa, pemain-pemain HMY FC jelas tidak mahu mengambil peluang untuk memperbaiki diri sendiri. Tahukah awda sebenarnya cara untuk memperbaiki keadaan ini? Jawapannya kitani perlu belajar daripada pasukan yang jauh lebih baik daripada kitani, bukan dengan berlawan dengan pasukan sama dan yang berhasrat kan mengaibkan HMY FC saja.

Jika sekiranya peluang untuk bermain dengan pasukan yang lebih baik tidak diambil, HMY FC pasti tidak akan dapat bertahan dengan lama. Kata pemain-pemain jua, ‘We play to win’ tapi macam mana kan menang kalau pengetahuan dan keupayaan pemain terlalu terhad kerana gagal belajar daripada yang lebih pandai. Selain daripada ini, satu lagi perkara yang membimbangkan Abang adalah sikap pemain-pemain HMY FC yang gentar apabila mendengar pasukan yang di lawan mempunyai nama. Namun, dalam pada itu, ada juga sesetengah pemain yang ‘up to the challenge’ yang mana sekurang-kurangnya menyenangkan hati Abang. Apa yang ingin Abang nasihatkan di sini adalah :

  • Jangan gentar dan takut
  • Believe in your ability
  • Learn from better players
  • Kalah dan menang adalah adat permainanJangan terpengaruh dengan pendapat orang lain. Jangan kaburkan fikiran yang kitani kan kana belasah. Main saja, who cares what people think.
  • Percaya kepada etik bermain berpasukan. HMY FC diberi penghormatan untuk bermain dengan pasukan yang ada nama, kenapa pulang kan kitani tolak? For me, that is recognition to HMY FC.
  • Jangan mengalah sebelum mencuba. Kalau macam ani, cana kan berperang? Cuba kamu bayangkan tani kan kana serang oleh tentera yang memenggal kepala, what you do? Daripada perangai kamu masa ini, i bet jawapannya LARI!!! LAWAN LA!!
  • Sudah ta main pasukan cakui, tani pun karang kana label tim cakui.
  • Sekian untuk direktif kali ani. Abang harap nukilan kali ani membuka mata kamu supaya lebih ‘BRAVE’ dalam perlawanan tani seterusnya.

No comments: