Perlawanan persahabatan ini adalah di atas jemputan tim Wasabi FC. Apa yang dapat dilihat, tim ini mempunyai organisasi yang baik, dapat diperhatikan apabila pemain-pemainnya datang dengan mengenakan baju berkolar tim sama warna dan diprint ‘Wasabi FC’. Permainan diadakan di padang sekolah SOAS. Perlawanan bermula dengan rentak sederhana dengan perubahan dibuat di bahagian pertahanan dengan menempatkan Bulu di bahagian pertahanan tengah berganding bahu dengan Azri dan Abang dan Mengz di bahagian wing back. Kecuaian oleh Abang membuat hantaran lintang ke arah Mengz membawa padah apabila hantaran tersebut dipintas oleh seorang pemain Wasabi dan sekaligus membuat serangan mengejut dan berjaya menyumbatkan satu gol. Perlawanan separuh masa pertama banyak didominasi oleh HMY FC namun masih tidak dapat menembusi pertahanan Wasabi yang agak disiplin.
Separuh masa kedua memasukkan Kiman di bahagian serangan. Dengan kemasukan Kiman, rancangan Abang untuk menempatkan Boi sebagai penyerang dan Sukur bermain di belakang Boi untuk membantu midfield tidak kesampaian. Mungkin disebabkan oleh minda Abang yang sedikit bercelaru pada petang tersebut mengurangkan sikap kawalan beliau sehingga pemain HMY FC tidak dikemudi dengan baik. Apabila melihat HMY FC masih ketinggalan, Abang mengambil risiko dengan menempatkan Azri di bahagian serangan membantu Boi dan Sukur. Tekanan HMY FC akhirnya mampu menyamakan kedudukan melalui tendangan sudut yang disumbatkan oleh Boi. Apabila melihat keadaan ini, tiba-tiba HMY FC membuat pertukaran demi pertukaran. Dengan memasukkan Acoi dan Gee di bahagian kanan midfield, serangan bertubi-tubi dibuat di bahagian tersebut (who did the substitution?). Wasabi dengan serta merta mendahului apabila melihat Fadil tekeluar daripada posisi dan menjadikan 2-1. Serangan seterusnya mempamerkan kekurangan ketahanan jasmani Abang dan akhirnya mampu dibolosi dengan 3-1. Gol keempat juga menampakkan kekurangan pengalaman dan daya fizikal Zaim sehingga dapat dikalahkan oleh seorang pemain Wasabi dan dibolosi dengan jaringan 4-1.
Perlawanan berakhir dengan 4-1. Walaupun secara peribadi Abang ingin memohon maaf kepada tim HMY FC khususnya kepada pemain-pemain tulang belakang HMY FC seperti Azri, Boi, Cjan, Bulu, Zaim, Mengz, Prap, Yamin kerana bermain dengan buruk, namun HMY FC dapat mengambil iktibar daripada perlawanan ini untuk dijadikan pengalaman di perlawanan akan datang. Apa yang patut menjadi peringatan adalah keperluan HMY FC untuk tidak mengubah rentak permainan selepas separuh masa pertama terutama apabila masih ketinggalan. Pertukaran hanya perlu dibuat apabila keadaan memerlukan dan bukan atas dasar memberi kemudahan kepada pemain lain. Sehubungan ini, Abang ingin sekali lagi memohon maaf atas permainan buruknya dan kali ini tidak akan menawarkan apa jua alasan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya kekalahan HMY FC. Sekian.

No comments:
Post a Comment