HMY FC VS WASABI. Setentunya perlawanan yang pasti menjanjikan pembalasan oleh HMY FC ke atas WASABI. Perlawanan pertama antara kedua tim ini telah mengaibkan HMY FC apabila tewas 5-3 di padang yang sama. Walaupun dengan penarikan dua orang pemain HMY FC atas sebab kecederaan dan demam dan ‘Wuss’, HMY FC turun dengan gantian pemain yang sederhana tetapi bersemangat tinggi. Kemasukan Kiman dan Fadil menggantikan Zaim dan Mengz sedikit sebanyak mengubah rentak asal cara permainan HMY FC. Walau bagaimanapun, keduanya jelas bersungguh-sungguh hendak membuktikan mereka layak diberi perhatian untuk menjadi kesebelasan utama HMY FC. Permainan bermula dengan kawalan rentak yang baik daripada WASABI. Tim ani walaupun dibarisi oleh beberapa pemain veteran namun ternyata bisdurang dapat memperlihatkan cara permainan yang tersusun. Umpama hendak memberi amaran, WASABI cuba hendak mencuri ruang di sebelah kanan yang dikawal oleh Tomo dan hampir menjaringkan gol. Nasib jua terkena palang. Cubaan kedua juga dibuat melalui kanan HMY FC dan Tomo tetapi sempat di tepis oleh Tomo sehingga berlatupan muscle kakinya dan terpaksa digantikan oleh Azri. Kemasukan Azri menyebabkan pemain-pemain HMY FC disusun semula dengan Arip di Bek Kanan, Ayuz di Bek Kiri, Azri bermain Sweeper, Yamin sebagai Babysitter dan Abang Babysitter Kedua. Susunan yang akhirnya memberi HMY FC stabiliti dan akhirnya dapat menjaringkan gol pertama melalui Fadil.
Separuh masa kedua memasukkan sorang veteran HMY FC dan rakannya. Kemasukan kedua pemain ini juga telah menyebabkan perubahan personel di bahagian tengah dan penyerang. Uncle Kungu bermain di tengah, Laboi dan Prap sebagai Penyerang, Jan di sayap kiri dan Hj Supri di sayap kanan. Permainan yang memperlihatkan kelibat Uncle Kungu dan Hj Supri. Jelas, walaupun kedua-dua pemain ani handal tetapi sedikit sebanyak merubah rentak HMY FC. HMY FC menjadi lebih lapar tetapi puah di bahagian pertahanan. WASABI pun menjadi semakin pintar dengan larian di belakang bek kanan dan kiri. Namun gol kedua akhirnya tiba dan dijaringkan oleh siapa lagi kalau bukan Uncle Kungu. Hj Supri pun menjadi lebih influential, mungkin suka dengan cara HMY FC yang memberi beliau kebebasan untuk menyerang tanpa memegang tanggungjawab bertahan. Akhirnya, hantaran silang beliau dapat disempurnakan oleh PRAP!! Gol ketiga HMY FC. Permainan menjadi lebih hangat dengan kemasukan buat kali pertama MUKSID sebagai Penjaga Gol kesebelasan utama HMY FC. Walaupun sedikit gagar tetapi MUKSID dapat menjaga gawang gol dengan baik walaupun terpaksa dibolosi. BELIAU nampak sedikit sedih dengan kemasukan tersebut, bagus ta tu lau sedih, terdapat jiwa kompetitif dalam diri mu untuk tidak membenarkan gol di masa hadapan.
Akhirnya, HMY FC dapat membalas dendam ke atas Tim WASABI dengan kemenangan 3-1. Walaupun sepatutnya lebih baik dan ‘fair’ jika WASABI menurunkan kesebelasan utamanya, namun pujian harus diberikan kepada HMY FC kerana tidak menurunkan kesebelasan utamanya jua. So, buat buletin kali ani, nada grading akan dibuat tetapi MOM tetap akan dipilih. MOM adalah......PRAP!!! Sebab? Scored, datang awal, main full time, Kelas Pertama Attitude, Persistent dan Versatil – Sayap Kiri pindah ke Bek Kanan, Sayap Kiri balik dan Striker, truly an all-rounder!!!!
KEJADIAN-KEJADIAN CALI DAN PELIK
1. Arip jangan bising ah, kana pasik kau, La, Yamin yang paling bising marah arah pengadil, kemai kau wang, prittt.. nasib jua inda yellow
2. Arip running at an unstoppable speed on the right only to be stopped by….TANAH!! Kan main golf ka bula ka rip...
3. Gugu and Hj Supri masuk, wow, lapar....pas me gu, pas me je, me again gu, me again je, berapa urang kan main bula ani, sebelas ka, dua???
4. Guu....tembakkkkkk said Laboi, ang he did guys, without any hesitation....walaupun kamu belari ke dapan dan gawang nda keeper tu, he will just not pas the ball to you....
5. Gol kedua..Gugu trying to pas Prap, pusing, pusing, beat keeper, still not slotting the ball, katanya kan pas Prap tapi denied strongly by Prap who later said ‘Pas tia karang’.. baik jua gol
6. New name for posisi Yamin and me – Baby Sitter
7. Muksid yang nampak nervous berabis...macam kan temutah masa kana shoot..
8. Keeper WASABI yang tersangat handal.....
9. Aku yang damam selepas bersigup...
No comments:
Post a Comment