(Lihat Gambar: Boi Panjang, your body language explains your mood)
Untuk seketika, fikiran Abang (AW) melayang memikirkan sebenarnya tim HMY FC B ada potensi untuk menjadi lebih baik atau kata om putih ‘Awesome’. Walaupun dibarisi kebanyakannya oleh pemain muda dan masih mentah, mereka masih menunjukkan prestasi yang boleh di katakan membanggakan. Walaupun permainan kelmarin sedikit sebanyak dibelenggu oleh seorang dua pemain yang ternyata tidak komited, nama akan diberitahu nanti dengan terus terang, secara keseluruhannya HMY FC B masih nampak bahaya dari segi serangan dan kental di barisan pertahanannya. Baik, mari kita teliti permainan kelmarin dimulakan dengan separuh masa pertama.
1st half: Barisan pemain, Arip, Boi Panjang, Ayuz, Mengz, Prap, Kiman, Yamin (C), Zaim, Fadhil dan Paiz. Susunan barisan pertahanan baik, sedikit goyah sekali skala tetapi baik. Midfield pada awalnya lancar tetapi ternyata Kiman tidak boleh mengimbangi permainan hantaran yang bersih daripada Yamin, Zaim dan Prap. Sentuhan pertama (first touch) Kiman masih perlu banyak latihan dan hantaran first timer tidak mempunyai hala tuju yang baik. Dengan itu, serangan masih terlalu mudah dilakukan pihak lawan di bahagian tengah. Namun, Kiman, sebagai teguran membina dan jujur daripada AW, jangan terlalu emosi apabila membaca teguran ani dan yang penting mesti membuat lebih banyak latihan agar dapat setanding dengan yang lain.
Daripada luar, AW dan Laboi dapat melihat dengan jelas permainan Boi Panjang (BP) yang terlalu santai dan bersahaja. Mungkin merasa kesal tidak diletakkan sebagai barisan serangan menyebabkan BP tidak kelihatan bersemangat. Sebagai seorang pemain yang versatil dan aset kepada HMY FC, mana-mana pemain harus bersedia untuk memikul apa jua posisi yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Secara jujur, sebab BP diletakkan di sana adalah sebagai persediaan sahaja jika Abang Azri (AA) kamu tidak dapat main. First half diakhiri 3-2.
2nd half: Dengan kemasukan AW, Laboi dan Tomo ke bahagian tulang belakang HMY FC, semua pemain-pemain mula menunjukkan permainan yang lebih serius. Selain daripada BP yang disuruh keluar kerana sikap unprofessionalism beliau, Ayus menjalankan tugas posisi CB bersama AW dengan baik sekali. Walaupun kadangkala terlalu menyusur ke kiri, Ayuz masih dapat menunjukkan permainan yang baik. Tomo pun telah menunjukkan permainan yang tegas dan 'sharp' sehingga mampu menyumbatkan gol yang ke ‘berapa ka tu aku pun inda tau’. Tomo nampak lebih bersemangat kerana berkesanggupan membayar $20, heheh. Mengz dan Prap pun nampak lebih serius dan penetratif. Sementara itu, Kiman yang bermain di bahagian serangan mula menunjukkan larian yang baik dan juga telah menyumbatkan gol yang ke ‘mana saja ta yang ke berapa’. Yamin yang awalnya ngalih pun semakin bersemangat dan akhirnya berlaku stampede antara Laboi, Yamin, Ayuz dan Tomo siapa kan mengambil tendangan percuma. Akhirnya, Ayuz mengambil tetapi inda gol fasal inda on target dan secara jujur sejujurnya, bida berabis dan membar gal, heheh.
So, akhirnya HMY FC menang lagi dan AW pun inda tau berapa manangnya, plse somebody balas blog ani berapa kan sebenarnya manang tani. Yang ku tau kemasukan 2 biji 2nd half sal BP angai sekali and the other one, lupa ku sudah, lepas atu solid tani memanjang. By the way, MOKSID!!!! 4 biji kau lepaskan!!! Tapi, cantik, kau banyak save, AW like you, no, no, no, in fact, love you, prestasi yang baik..BP, AW inda marah dan masih memerlukan khidmatmu, so next game, buktikan kamu aset HMY FC!!
NASIHAT :
Sememangnya, HMY FC harus dibarisi oleh pemain-pemain yang mempunyai sikap kelas pertama atau ‘first class’. Ini sebenarnya persiapan kamu supaya sikap ani nanti dapat diserapkan ke kehidupan kamu seharian, bekerja atau jikalau bernasib baik bermain untuk kelab atau negara, Insya Allah, bak kata pepatah ‘Nasib ayam ada pada tajinya, nasib manusia Tuhan saja yang tahu’. Dengan sikap sedemikian, sesiapa pun akan merasa senang dengan cara kamu yang berdisiplin, bertanggungjawab dan sanggup menerima apa jua tugasan demi kebaikan organisasi. Selain atu, HMY FC mestilah mempunyai polisi ‘continuity’ dan ‘good cover’ kerana misi utama kita bermain selain untuk beriadah dan merapatkan hubungan kekeluargaan antara kitani bepupu dan adik beradik adalah untuk sentiasa mempunyai sikap ingin menang 'Winning Mentality', ‘Good Fighting Spirit’, belajar menerima kekalahan dengan cara hormat dan 'Earning Respect' daripada opponent kitani. OK, untuk kali ani, tidak ada grading kerana semua ok including Achoi yang bertukar 5-6 kali macam main basketball, patut ta inda ada stamina Achoi....OK salam bahagia, maju HMY FC untuk semua.
Next Game : 24 Ogos 07, 0700 malam bersedia, warm up dll.
Venue: Padang Kebajikan, Berakas
Lawan : Probably ITB
Seperti biasa, no-do before game : KE MALL, JUMPA GF (SAL MALAM, MARAH KARANG BAPANYA), MENGAIL, MAKAN MARTABAK OR KOLO MEE 10 MINIT SEBELUM MAIN, TIDO, MEMALAT-MALAT, BERCERITA, MAIN GAME, MINTA WINTOJENO, BETANYA SIAPA ADA SELIPAR, BERIA DAN LAIN-LAIN. THANK YOU.
No comments:
Post a Comment