Friday, June 13, 2008

Monday, June 02, 2008

HMY FC Vs TAIB COCKTAIL

Buletin HMY FC kali ini, cuma kan berkongsi kronologi tatacara Abang menguruskan game (kurang lebih sama semua) selama 4 tahun berturut-turut tanpa bosan sebagai penganjur permainan sebelum 31 Mei 2008. Sebab paparan ini dibuat adalah untuk renungan bersama, seperti berikut:

1. 2 minggu sebelum main, penyediaan padang. Disebabkan oleh reliabiliti 100%, booking padang dipertanggungjawabkan kepada Abang. Maksud reliabiliti adalah: apabila berjanji kan membayar, beliau membayar, apabila disediakan padang, diamanatkan untuk menguruskan, apabila tiba waktu membayar, membayar tepat pada masanya, cukup dengan wang $150.

2. 2 minggu sebelum main, Abang tidak ada memperoleh sebarang masa untuk berlari, berlatih atau memanaskan otot kerana tugas lebih diutamakan. Ertinya: Pasti kurang tenaga dan ketahanan jasmani. Sepertimana yang diketahui, Abang sekarang sudah berumur 33 tahun, ketahanan jasmani hanya dapat dibangkitkan selepas membuat senaman.

3. Selepas pengurusan padang, TUGAS YANG PALING BERAT. Sms semua pemain siapa yang dapat main dan sebaliknya. Ada yang bertanggungjawab atu, membalas, ada yang mungkin rasa esok lusa saja memberitahu atau attitude ‘biartia sms atu’, terpaksa di buat follow up sms. Sebenarnya, senang saja kan memberitahu main atau inda, check schedule bertugas, check schedule dating dengan bini atau gf, check schedule lau ada panggilan kawin, check schedule indung lau durang berguna kamu atau inda pada hari permainan, check angai kamu lau kan kain ka inda dan check macam-macam lah. Lau nada yang conflict, tentatively (cari ertinya di dictionary), say OK. Senang jua hati Abang sikit. Lau nda belaku main sebab hal-hal inda dapat dielakkan macam bertugas ka, cedera ka, apa-apa saja lah, have the courtesy to tell me as early as possible so that I can find a replacement.

4. 10 hari sebelum main, mencari tim yang dilawan. Disebabkan banyak yang tau HMY FC kononnya kuat, nada banyak yang sanggup. Maka proses mencari semakin sukar. Apabila memperoleh tim, dapat didengar daripada nada suara ketua tim beliau berhasrat kan membawa pemain yang lebih berkelibat. Akhirnya, selepas berhempas pulas mencari tim sebelum tarikh permainan, TAIB sanggup main. Tatacara mencari tim: Sms semua ketua-ketua tim, 5-7 buah tim, tunggu balasan, bagi deadline, akhirnya, setuju main.

5. Seminggu sebelum main, pastikan rumah abang ada amah atau penjaga untuk jaga anak-anak semasa ketiadaan di rumah. Kehadiran amah memerlukan wang bukan yang diputik daripada pokok tetapi poket sendiri. Selain meluangkan masa untuk bermain bolasepak daripada bersama anak-anak, Abang BERMAIN BOLA.

6. 24 jam sebelum main, memastikan tim kan di lawan confirm. 24 jam sebelum main jua, ketua tim TAIB memberitahu beliau tidak main. Abang bukan lahir kemarin atau mudah diperbodohkan, bermakna, bukan tim TAIB yang main, ertinya tim lain. Tetapi disebabkan oleh kesuntukkan masa, permainan diteruskan.

7. 24 jam sebelum bermain, memastikan semua jersi kan dipakai bersih dan siap untuk dipakai. Selain atu, sms semua pemain untuk memastikan semua belaku dan makluman bersama. Kurang 24 jam daripada bermain pun, Abang masih belum ada masa kan bersenam kerana bertugas, confirm, pasti cramps ne masa main tapi why do I still decide to play? Abang very passionate playing untuk HMY FC, regardless fit or not. When I play, though with zero skills, pace, fitness level, I play with HEART, I give my all 110%. Selain inda fit, bermain dengan mata yang sakit, conjunctivitis.

8. 4 jam sebelum main, memasukkan jersi home and away ke dalam kenderaan. Dipastikan bebata plastik sampah supaya inda kamah udah bepakai nanti. Bersihkan kasut, luangkan masa dengan anak-anak sebab tau malam inda dapat meluangkan masa. Buat checklist apa yang diperlukan semasa perlawanan: Kasut, stokin, shin guard, stokin untuk pemain lain sebab tau ada yang inda membawa despite 10 kali diberitahu, beli contact lens, drink lots of water and eat carbo food 5 hours before game.

9. 1 jam sebelum main: Saying goodbye anak-anak. Jalan awal sebab kan warm up. Selalunya no1 yang sampai tapi kali ani beaten by Tomo, well done. Masuk padang, liatkan arah penjaga padang resit pembayaran. Taiming usulnya tapi nada apa, bukan nada bebayar, bukan bayar pakai daun, maybe kan show authority tapi nada apa, asal lampu dibuka. Meet with some of the opponent players, know some but confirms my earlier prediction, bukan TAIB yang main, only some turned up.

10. 30 minit sebelum main, pakai baju, ada yang masih alum datang. Pakai kasut, minyak panas dan buat light jogging. Dapat rasakan udah strain di muscle but carried on. 10 minit sebelum main, susun pemain, mengikut kekuatan, stail dan mentality pemain.

11. Game on. 20 minit dalam permainan, dapat rasakan seluruh badan sakit dan sengal. Semua, daripada ketiak, belakang, calf, thigh dan tangan. Teruskan bermain sebab nada substitute yang sesuai. Kemasukan 4 gol di separuh masa pertama. Pemain nampak tertekan. Good sign, why? Will to play still ada. Sebagai ketua, try to lift players despite sudah sakit-sakit badan. 2nd half. Shift to RB, inda dapat teruskan bermain di tengah, becoming a liability, give Tomo responsibility to play there, tried his best, good job. Abang starts to make uncompromising tackles, opponents didn’t like it but what have I got to lose. My objective: stop opponents whoever they are at all costs, dirty or clean. Stop their gameplan. Stop the ball. Yang pastinya, STOP everthing! Game ends, scorline 6-3. Azri hattrick, well done.

12. Lepas game: panyap baju, masukkan dalam plastik sampah. Collect duit collection bagi yang udah bekerja. Total invested: $180 plus campur pengadil. Yang ada lam wallet after that night: $95. Inda apa, for HMY FC sake, no problem. Au, honestly and genuinely honestly, no problem, no sarcasm. I love the game, the teamwork, the passion, all I love. Before jalan, pengadil told me I played bad, took it seriously but positively, I like that dude, honest (at least to me) and straight to my face. Like those generation of individuals.

13. Balik rumah 35 minit selepas main: Antar amah balik ke rumahnya di Delima, then balik, sampai at 2310 malam. Angkat semua barang: baju kamah, kasut, beg and myself. Macam inda lagi tebawai, sakit udah badan, mandi, ampai baju then tidur. Woke up at 0300 pagi, buat susu Mirza, then tido balik.

14. 8 jam selepas main, bangun at 0800 pagi. Makan then cuci baju. Nada amah so Abang sendiri yang cuci baju, took me 2 hours untuk menyiapkan cuci baju. Looking forward to talk about the game di kampung later.

15. 24 jam selepas main: Di kampung. Mirza menangis, kesian tapi badan masih sakit dan sangal. Ngalih juga menguruskan everthing but its my job, no complains. Lepas makan, melihat cousins and siblings enjoying a game of cards. Buka cerita last night, hoping for a post mortem. Its like a habit for Abang, post mortem is equally important to me, I like to get opinions, feedbacks and comments. But all sibuk main cards. Nobody seriously getting into conversation with me, still enjoying playing cards. Abang getting slightly annoyed and irritated, still no opinions. Didn’t like the aftermath reaction selepas game, all macam down, inda mau talk about it. Abang getting really annoyed and decide to go home.

16. On the way home, Abang officially disappointed dan KECEWA dengan perangai cousins and siblings. Sepatah I say, sepatah dibalas, I don’t like the disrespectful behavoiur and gesture. Then, this is what I have to say lepas semalam: Kalau HMY FC players kan buat perangai macam ani lagi, then 31 Mei is the last game for me. After all the efforts yang udah Abang curahkan kepada HMY FC, this is balasan kamu, TERIMA KASIH.

17. Ani yang kamu perlu ingat, HMY FC's success does not come overnight, do you think kamu mampu jadi juara futsal kampung kamu perlu 3-4 bulan belatih saja untuk jadi juara. Think hard boys, kamu sudah main 3-4 tahun sesama sendiri dalam tim HMY FC sebelum masuk pertandingan. Walaupun tutup mata, kamu tau udah macam mana cara cousin-cousin kamu main, keserasian kamu bermain selama 3-4 tahun yang membuat kamu juara, bukan pasal kamu handal. Kalau kan sukat handal, secara individu, pemain Just For Fun lagi packed with pemain handal, tapi cuba liat, durang nada keserasian, nada ‘control’ ie semua kan mau main ikut selera sendiri, nada temperament dan sebagainya. Dan kalau kamu rasa piala atu tidak layak aku menyimpan, please by all means, beritahu ku, aku membagi balik. I brought that trophy home for Gugu’s sake guys, not me, ia yang menyuruh. Abang membangkitkan perkara ini untuk pengetahuan semua saja, mana tau ada yang inda senang hati WHY Abang bawa balik piala atu. Atu saja buat kali ani, terima kasih semua. If kamu intend kan menyakitkan hati Abang pada malam tahlil atu, well bravo, I am sakit hati, annoyed, irritated dan kecil hati. Tahniah.

19. MOM tetap akan dipilih. MOM untuk 31 Mei adalah Aming, keeper. Why? He came early, bermain dengan semangat walaupun banyak dibolosi, reliable, full time, commited dan best of all, kept the scorline down.


Monday, April 28, 2008

HMY FC Vs ROJAK TEAM (LAWYERS, EMBASSIES, CLUB PLAYERS)

26 April 2008 merupakan hari kurang baik HMY FC. Setelah tim futsalnya dinobatkan sebagai juara Kampung Burung Pinggai, HMY FC turun dengan morale yang tinggi. Walaupun ada yang akhir datang kerana masalah tugas dan sebagainya, HMY FC telah menurunkan hampir kesebelasan utamanya tanpa Gugu menentang tim yang di lihat seimbang dan sama kuat. Tempat Gugu digantikan oleh Abang J. Separuh masa pertama memperlihatkan kekurangan konsentrasi oleh Arip sehingga dapat dibolosi 0-1. Namun HMY FC mampu mengembalikan status penyamaan dengan rembatan lintang rendah oleh Abang menjadi 1-1. Kelalaian pemain-pemain HMY FC sekali lagi telah menyebabkan dibolosi kali kedua menjadikan 1-2.

Separuh masa kedua memasukkan Fadil. Dengan formasi yang biasa digunakan 4-4-2, Abang J menempatkan dirinya di posisi yang kurang biasa di lihat oleh pemain-pemain regular HMY FC. Dengan ketiadaan Bulu di tengah (although i wanted him to play there full time), Laboi terpaksa turun membantu di bahagian tengah menyebabkan bahagian serangan HMY FC menjadi tumpul. Dengan bermain ala Totti, Abang J berada di semua posisi menjadikan SEMUA SEKALI pemain HMY FC menjadi keliru dan lupa dengan tanggungjawab mereka. Abang J juga telah memperlihatkan sikap kurang profesional dengan mempamerkan dribbling skills yang tidak menjadi dan sikap bukan bermain untuk tim tetapi perseorangan.

Namun, walaupun HMY FC kelihatan sedikit goyah, seorang pemain yang diperhatikan bekerja keras pada perlawanan tersebut adalah CJAN. Dengan bantuan yang minima di bahagian tengah (dengan ketiadaan Bulu dan Laboi yang cuba hendak menyamakan kedudukan), CJAN mempamerkan permainan yang sempurna, hantaran baik kiri, kanan, tengah dan ‘tackles’, beliau wajar dipilih sebagai MAN OF THE MATCH (MOM). Beliau juga berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan tendangan percuma yang cantik menjadi 2-2. Namun, nasib lebih menyebelahi Tim Lawan yang akhirnya berjaya membolosi gawang HMY FC menjadikan 2-3. Syabas untuk tim berkenaan.

Analisis Perlawanan:

Analisis ini terpaksa dibuat kerana Abang rasa ia perlu untuk pengetahuan semua. Walaupun Abang seperti mana yang kamu ketahui iaitu tidak sehandal Zaim dan Laboi, tidak se skil seperti Prap dan CJAN dan tidak sepantas kilat seperti Mengz dan Azri, namun, apa yang ada cuma seketul otak yang masih berfungsi yang mampu mencetuskan pendapat berpandukan kepada pemerhatian taktikal dan penganalisisan persembahan pemain-pemain. Abang akan bersikap terbuka dalam analisis ini dan berterus terang.

Apa yang di lihat, di separuh masa pertama, tidak ada seorang pemain pun yang mahu mengambil tanggungjawab untuk memberi keseimbangan kepada tim lawan dengan menjaringkan gol. Walaupun tim lawan memperlihatkan keagresifan mereka dengan tackle yang keras, HMY FC sepatutnya dapat memberikan persembahan yang sama keras. Tujuannya adalah untuk memberi PERINGATAN kepada tim lawan bahawa HMY FC juga mampu membuat adaptasi dengan persembahan yang sama keras dan bukan berharapkan kepada skil, kepantasan dan nasib semata-mata.

Kekurangan komitmen di sebelah bek kiri dan midfield. Boleh kamu jelaskan bagaimana seorang bek kanan lawan mampu meluru di sebelah kiri tanpa disentuh oleh bek dan midfield kiri HMY FC? Tugas mengawal seorang bek kanan lawan adalah TUGAS dan TANGGUNGJAWAB seorang midfield kiri.

Separuh masa kedua menampakkan satu perubahan janggal HMY FC. Dengan memainkan Fadil di sebelah kiri dan Zaim di kanan, Bulu yang terpaksa keluar kerana memberi laluan kepada Abang J, bahagian tengah HMY FC hanya di kemudi oleh CJAN sahaja. Laboi yang bermain di bahagian serangan terpaksa mengambil tanggungjawab bermain tengah dan sekali gus menjadikan serangan HMY FC menjadi semakin tumpul. Ini adalah perasaan Abang apabila melihat permainan HMY FC menjadi tidak ketentuan “I honestly do not know where Abang J was playing and what frustrates me the most was your/his refusal to be substituted after half time and refusal to take any viable instructions”. Beliau ada di kiri, di kanan, di serangan, di mana-mana ala Totti. Abang J, THIS IS HMY FC NOT YOUR TEAM, IF RASANYA YOU CANNOT ADAPT PLEASE LEAVE. HMY FC tidak pernah kalah tahun ini kecuali to a better team, this team was definately not a better team.

Teguran ini bukan semata-mata untuk menjatuhkan morale kamu semua tetapi untuk menjadikan HMY FC sebagai sebuah institusi atau badan bola sepak tidak rasmi yang mempunyai ahli dan pemain-pemain yang profesional, efisien, disiplin, ‘good team ethics’, ada ‘character’, hormat-menghormati, tidak sombong dan sosial interaction; kitani bermain kadangkala dengan tim-tim yang ada status, so take opportunity guy.

Namun, MOM tetap akan dipilih dan MOM kali ini adalah CJAN!!! Why? Main full time, good tackles, good distribution, high level of awareness and concentration, reliable, got skills and lastly SCORED!!

Tapi, inda apa kali ani, andangnya kalau kitani kalah selalunya its because of referee biasness, extra effort daripada tim lawan aka 110%, ada yang ku lihat inda pernah defending but buat kerja defending, kekasaran, dirty tactics dan luck. Tapi inda apa, we did sejauh mana yang kitani dapat but we lost, take stride upon defeat, that’s what gentlemen are made up of, CHEERS GUYS. Any comments, hantar saja, no hard feelings from Abang.

Tuesday, April 22, 2008

Friday, April 18, 2008

HMY FC Vs ITB LECTURERS

Perlawanan pada 17 Mac 2008 di Padang Kebajikan antara dua pasukan ini bermula pada jam 1705 petang. Dengan ketiadaan pemain tunggak bek Azri kerana bertugas di KB, tanggungjawab bek sentral dipegang oleh Abang and Tomo. Separuh masa pertama menampilkan permainan terburuk HMY FC sepanjang tahun ini; tidak bermaya, kehilangan arah dan punca, kurang peka kepada tanggungjawab dan hilang konsentrasi. Walau bagaimanapun, perlawanan kali ini mengundang kembali pemain lama HMY FC yang kembali daripada persaraan iaitu Brader J. Brader J jelas masih kelihatan cuba hendak mengimbangi rentak HMY FC yang biasanya bermain dengan penuh yakin dan inovasi khususnya di bahagian tengah. Separuh masa pertama memperlihatkan kelemahan HMY FC di bahagian defensif midfield sehingga bek-bek HMY FC hebat ditekan oleh serangan bertalu-talu oleh lecturers ITB. Pemain ITB juga telah menampakkan kepintaran mereka (that’s why maybe durang ani lecturers) dengan menggunakan kekuatan atau ‘strength’ mereka dengan permainan ‘short passes’ dan larian meluru daripada tengah oleh pemain midfield. Disebabkan oleh kurang persefahaman antara Abang dan Tomo, Bulu terpaksa dikerah untuk berganding dengan Abang dan Tomo dikembalikan ke posisi bek kanan untuk memberi keseimbangan bek HMY FC. Ternyata, gandingan ini berkesan dan mampu mengurangkan tekanan di bahagian belakang sehingga masuk separuh masa kedua. HMY FC akhirnya mendahului oleh Laboi dan kemudiannya dibolosi dua kali menjadikan 1-2.

Separuh masa kedua sekali lagi menampakan ‘character’ di kalangan pemain-pemain HMY FC. Persembahan separuh masa kedua juga mungkin dianggap adalah yang terbaik pernah dipamerkan oleh HMY FC. Ketinggalan 1-2, Bulu dengan tiba-tba menunjukkan dimensi kekuatan terbaru HMY FC dengan rembatan daripada tengah yang kencang sehingga tidak mampu ditapis oleh penjaga gawang ITB. Perubahan yang dianggap ‘pivotal to the outcome of an unpredictable game’ menaikkan semangat pemain HMY FC dan mula bermain dengan ‘belief’ dan kesungguhan. Kesungguhan ini menjadi semakin membara setelah dibuat pertukaran taktikal dengan memasukkan Fadil menggantikan Arip. Dengan kelebihan ketinggian, Fadil berjaya menjaringkan gol dengan tadukan ‘cushion’ yang cantik hasil tendangan set piece yang sama cantik daripada Cjan, menjadikan HMY FC mendahului ITB dengan 3-2. Permainan menjadi lebih relak dan menyakinkan dengan gerakan-gerakan skil yang hanya dikeluarkan apabila HMY FC merasakan kemenangan sudah dapat diraih. Akhirnya, HMY FC bangkit untuk menang LAGI, 3-2.
Man of the Match (MOM): Bulu; ‘match winner’, versatil, tenang, memiliki skil dan teknik rembatan yang deras.

Brader J, Nice Numerical Shot, Master of Composure, Scorers and Match Winners

HMY FC Vs MAKMAL RIPAS

Perlawanan pada bulan Mac 2008 Tim HMY FC hanya diadakan sekali. Tim lawan yang beruntung kali ini adalah Makmal RIPAS. Walaupun tim ini mungkin belum tau kelibat HMY FC, HMY FC tetap memberi penghormatan yang sepatutnya kepada pemain-pemain Makmal. Ternyata pada separuh masa pertama walaupun HMY FC mampu mendahului jaringan 2-1 melalui Zaim dan Prap, Makmal RIPAS tetap memberi saingan yang hebat kepada bek-bek HMY FC sehingga akhirnya penjaga gawang HMY FC terpaksa dibuang padang kerana cuba hendak menangkap bola di luar petak D. Dengan bermain hanya seramai 10 orang, HMY FC semakin suram dan menerima tekanan demi tekanan.

Separuh masa kedua menampilkan antara persembahan terbaik HMY FC sepanjang musim ini. Walaupun Makmal RIPAS dapat menyamakan kedudukan dengan 2-2 akibat kelalaian pertahanan HMY FC, HMY FC bangkit dengan perubahan ‘attitude’ dengan serangan pantas dan tekanan hebat di bahagian tengah. Perubahan posisi dengan menempatkan Laboi di bahagian serangan jelas menampakkan kematangan HMY FC setelah bermain selama beberapa tahun selama ini. Gugu juga dilihat semakin mempamerkan persembahan yang mantap dengan composure dan skil yang tiada tandingan dan akhinya HMY FC dapat mendahului jaringan dengan dua gol daripada Laboi. Apa yang dapat dilihat Boi semakin yakin dengan kemampuan ‘finishing’nya dan membuktikan dengan penyumbatan gol di hampir semua perlawanan HMY FC. Perlawanan diakhiri dengan jaringan cantik rembatan jauh oleh Prap dan menjadikan kedudukan 6-2. Sati lagi persembahan meyakinkan daripada HMY FC.
Man of the Match (MOM) : Gugu.

Wednesday, April 16, 2008

Tuesday, April 15, 2008

Friday, April 04, 2008