Monday, April 28, 2008

HMY FC Vs ROJAK TEAM (LAWYERS, EMBASSIES, CLUB PLAYERS)

26 April 2008 merupakan hari kurang baik HMY FC. Setelah tim futsalnya dinobatkan sebagai juara Kampung Burung Pinggai, HMY FC turun dengan morale yang tinggi. Walaupun ada yang akhir datang kerana masalah tugas dan sebagainya, HMY FC telah menurunkan hampir kesebelasan utamanya tanpa Gugu menentang tim yang di lihat seimbang dan sama kuat. Tempat Gugu digantikan oleh Abang J. Separuh masa pertama memperlihatkan kekurangan konsentrasi oleh Arip sehingga dapat dibolosi 0-1. Namun HMY FC mampu mengembalikan status penyamaan dengan rembatan lintang rendah oleh Abang menjadi 1-1. Kelalaian pemain-pemain HMY FC sekali lagi telah menyebabkan dibolosi kali kedua menjadikan 1-2.

Separuh masa kedua memasukkan Fadil. Dengan formasi yang biasa digunakan 4-4-2, Abang J menempatkan dirinya di posisi yang kurang biasa di lihat oleh pemain-pemain regular HMY FC. Dengan ketiadaan Bulu di tengah (although i wanted him to play there full time), Laboi terpaksa turun membantu di bahagian tengah menyebabkan bahagian serangan HMY FC menjadi tumpul. Dengan bermain ala Totti, Abang J berada di semua posisi menjadikan SEMUA SEKALI pemain HMY FC menjadi keliru dan lupa dengan tanggungjawab mereka. Abang J juga telah memperlihatkan sikap kurang profesional dengan mempamerkan dribbling skills yang tidak menjadi dan sikap bukan bermain untuk tim tetapi perseorangan.

Namun, walaupun HMY FC kelihatan sedikit goyah, seorang pemain yang diperhatikan bekerja keras pada perlawanan tersebut adalah CJAN. Dengan bantuan yang minima di bahagian tengah (dengan ketiadaan Bulu dan Laboi yang cuba hendak menyamakan kedudukan), CJAN mempamerkan permainan yang sempurna, hantaran baik kiri, kanan, tengah dan ‘tackles’, beliau wajar dipilih sebagai MAN OF THE MATCH (MOM). Beliau juga berjaya menyamakan kedudukan dengan sepakan tendangan percuma yang cantik menjadi 2-2. Namun, nasib lebih menyebelahi Tim Lawan yang akhirnya berjaya membolosi gawang HMY FC menjadikan 2-3. Syabas untuk tim berkenaan.

Analisis Perlawanan:

Analisis ini terpaksa dibuat kerana Abang rasa ia perlu untuk pengetahuan semua. Walaupun Abang seperti mana yang kamu ketahui iaitu tidak sehandal Zaim dan Laboi, tidak se skil seperti Prap dan CJAN dan tidak sepantas kilat seperti Mengz dan Azri, namun, apa yang ada cuma seketul otak yang masih berfungsi yang mampu mencetuskan pendapat berpandukan kepada pemerhatian taktikal dan penganalisisan persembahan pemain-pemain. Abang akan bersikap terbuka dalam analisis ini dan berterus terang.

Apa yang di lihat, di separuh masa pertama, tidak ada seorang pemain pun yang mahu mengambil tanggungjawab untuk memberi keseimbangan kepada tim lawan dengan menjaringkan gol. Walaupun tim lawan memperlihatkan keagresifan mereka dengan tackle yang keras, HMY FC sepatutnya dapat memberikan persembahan yang sama keras. Tujuannya adalah untuk memberi PERINGATAN kepada tim lawan bahawa HMY FC juga mampu membuat adaptasi dengan persembahan yang sama keras dan bukan berharapkan kepada skil, kepantasan dan nasib semata-mata.

Kekurangan komitmen di sebelah bek kiri dan midfield. Boleh kamu jelaskan bagaimana seorang bek kanan lawan mampu meluru di sebelah kiri tanpa disentuh oleh bek dan midfield kiri HMY FC? Tugas mengawal seorang bek kanan lawan adalah TUGAS dan TANGGUNGJAWAB seorang midfield kiri.

Separuh masa kedua menampakkan satu perubahan janggal HMY FC. Dengan memainkan Fadil di sebelah kiri dan Zaim di kanan, Bulu yang terpaksa keluar kerana memberi laluan kepada Abang J, bahagian tengah HMY FC hanya di kemudi oleh CJAN sahaja. Laboi yang bermain di bahagian serangan terpaksa mengambil tanggungjawab bermain tengah dan sekali gus menjadikan serangan HMY FC menjadi semakin tumpul. Ini adalah perasaan Abang apabila melihat permainan HMY FC menjadi tidak ketentuan “I honestly do not know where Abang J was playing and what frustrates me the most was your/his refusal to be substituted after half time and refusal to take any viable instructions”. Beliau ada di kiri, di kanan, di serangan, di mana-mana ala Totti. Abang J, THIS IS HMY FC NOT YOUR TEAM, IF RASANYA YOU CANNOT ADAPT PLEASE LEAVE. HMY FC tidak pernah kalah tahun ini kecuali to a better team, this team was definately not a better team.

Teguran ini bukan semata-mata untuk menjatuhkan morale kamu semua tetapi untuk menjadikan HMY FC sebagai sebuah institusi atau badan bola sepak tidak rasmi yang mempunyai ahli dan pemain-pemain yang profesional, efisien, disiplin, ‘good team ethics’, ada ‘character’, hormat-menghormati, tidak sombong dan sosial interaction; kitani bermain kadangkala dengan tim-tim yang ada status, so take opportunity guy.

Namun, MOM tetap akan dipilih dan MOM kali ini adalah CJAN!!! Why? Main full time, good tackles, good distribution, high level of awareness and concentration, reliable, got skills and lastly SCORED!!

Tapi, inda apa kali ani, andangnya kalau kitani kalah selalunya its because of referee biasness, extra effort daripada tim lawan aka 110%, ada yang ku lihat inda pernah defending but buat kerja defending, kekasaran, dirty tactics dan luck. Tapi inda apa, we did sejauh mana yang kitani dapat but we lost, take stride upon defeat, that’s what gentlemen are made up of, CHEERS GUYS. Any comments, hantar saja, no hard feelings from Abang.

Tuesday, April 22, 2008

Friday, April 18, 2008

HMY FC Vs ITB LECTURERS

Perlawanan pada 17 Mac 2008 di Padang Kebajikan antara dua pasukan ini bermula pada jam 1705 petang. Dengan ketiadaan pemain tunggak bek Azri kerana bertugas di KB, tanggungjawab bek sentral dipegang oleh Abang and Tomo. Separuh masa pertama menampilkan permainan terburuk HMY FC sepanjang tahun ini; tidak bermaya, kehilangan arah dan punca, kurang peka kepada tanggungjawab dan hilang konsentrasi. Walau bagaimanapun, perlawanan kali ini mengundang kembali pemain lama HMY FC yang kembali daripada persaraan iaitu Brader J. Brader J jelas masih kelihatan cuba hendak mengimbangi rentak HMY FC yang biasanya bermain dengan penuh yakin dan inovasi khususnya di bahagian tengah. Separuh masa pertama memperlihatkan kelemahan HMY FC di bahagian defensif midfield sehingga bek-bek HMY FC hebat ditekan oleh serangan bertalu-talu oleh lecturers ITB. Pemain ITB juga telah menampakkan kepintaran mereka (that’s why maybe durang ani lecturers) dengan menggunakan kekuatan atau ‘strength’ mereka dengan permainan ‘short passes’ dan larian meluru daripada tengah oleh pemain midfield. Disebabkan oleh kurang persefahaman antara Abang dan Tomo, Bulu terpaksa dikerah untuk berganding dengan Abang dan Tomo dikembalikan ke posisi bek kanan untuk memberi keseimbangan bek HMY FC. Ternyata, gandingan ini berkesan dan mampu mengurangkan tekanan di bahagian belakang sehingga masuk separuh masa kedua. HMY FC akhirnya mendahului oleh Laboi dan kemudiannya dibolosi dua kali menjadikan 1-2.

Separuh masa kedua sekali lagi menampakan ‘character’ di kalangan pemain-pemain HMY FC. Persembahan separuh masa kedua juga mungkin dianggap adalah yang terbaik pernah dipamerkan oleh HMY FC. Ketinggalan 1-2, Bulu dengan tiba-tba menunjukkan dimensi kekuatan terbaru HMY FC dengan rembatan daripada tengah yang kencang sehingga tidak mampu ditapis oleh penjaga gawang ITB. Perubahan yang dianggap ‘pivotal to the outcome of an unpredictable game’ menaikkan semangat pemain HMY FC dan mula bermain dengan ‘belief’ dan kesungguhan. Kesungguhan ini menjadi semakin membara setelah dibuat pertukaran taktikal dengan memasukkan Fadil menggantikan Arip. Dengan kelebihan ketinggian, Fadil berjaya menjaringkan gol dengan tadukan ‘cushion’ yang cantik hasil tendangan set piece yang sama cantik daripada Cjan, menjadikan HMY FC mendahului ITB dengan 3-2. Permainan menjadi lebih relak dan menyakinkan dengan gerakan-gerakan skil yang hanya dikeluarkan apabila HMY FC merasakan kemenangan sudah dapat diraih. Akhirnya, HMY FC bangkit untuk menang LAGI, 3-2.
Man of the Match (MOM): Bulu; ‘match winner’, versatil, tenang, memiliki skil dan teknik rembatan yang deras.

Brader J, Nice Numerical Shot, Master of Composure, Scorers and Match Winners

HMY FC Vs MAKMAL RIPAS

Perlawanan pada bulan Mac 2008 Tim HMY FC hanya diadakan sekali. Tim lawan yang beruntung kali ini adalah Makmal RIPAS. Walaupun tim ini mungkin belum tau kelibat HMY FC, HMY FC tetap memberi penghormatan yang sepatutnya kepada pemain-pemain Makmal. Ternyata pada separuh masa pertama walaupun HMY FC mampu mendahului jaringan 2-1 melalui Zaim dan Prap, Makmal RIPAS tetap memberi saingan yang hebat kepada bek-bek HMY FC sehingga akhirnya penjaga gawang HMY FC terpaksa dibuang padang kerana cuba hendak menangkap bola di luar petak D. Dengan bermain hanya seramai 10 orang, HMY FC semakin suram dan menerima tekanan demi tekanan.

Separuh masa kedua menampilkan antara persembahan terbaik HMY FC sepanjang musim ini. Walaupun Makmal RIPAS dapat menyamakan kedudukan dengan 2-2 akibat kelalaian pertahanan HMY FC, HMY FC bangkit dengan perubahan ‘attitude’ dengan serangan pantas dan tekanan hebat di bahagian tengah. Perubahan posisi dengan menempatkan Laboi di bahagian serangan jelas menampakkan kematangan HMY FC setelah bermain selama beberapa tahun selama ini. Gugu juga dilihat semakin mempamerkan persembahan yang mantap dengan composure dan skil yang tiada tandingan dan akhinya HMY FC dapat mendahului jaringan dengan dua gol daripada Laboi. Apa yang dapat dilihat Boi semakin yakin dengan kemampuan ‘finishing’nya dan membuktikan dengan penyumbatan gol di hampir semua perlawanan HMY FC. Perlawanan diakhiri dengan jaringan cantik rembatan jauh oleh Prap dan menjadikan kedudukan 6-2. Sati lagi persembahan meyakinkan daripada HMY FC.
Man of the Match (MOM) : Gugu.

Wednesday, April 16, 2008

Tuesday, April 15, 2008

Friday, April 04, 2008